pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, January 2, 2012

Video Khas Selamatkan Madrasah Salihiah dari Kerajaan Negeri zalim


Pas Sejahtera,
Islam Merana..

Katakan tidak pada Pakatan
Haram pada PRU13..












                                                                                         
Video Khas Selamatkan Madrasah Salihiah




Maklumat Terbaru..Persatuan Kerabat DiRaja Kedah
meminta Kerajaan Pas yang zalim tidak merobohkan 
Madrasah Salihiah

Persatuan kerabat minta jangan roboh madrasah

ALOR SETAR 1 Jan. - Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) meminta kerajaan Pas Kedah tidak merobohkan Madrasah Salihiah kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi kepada rakyat negeri itu.
Yang Dipertua PKDK, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Kedah yang tetap berkeras mahu merobohkan madrasah itu bagi memberi laluan kepada sebuah projek pembangunan.
"Saya dilahir dan dibesarkan di bandar raya ini dan saya rasa sejak kecil lagi Madrasah Salihiah sudah wujud di Kancut.
"Apabila kerajaan negeri mahu merobohkan madrasah ini, saya sebagai anak jati Alor Setar berasa sedih kerana kerajaan negeri langsung tidak prihatin dengan nilai sejarah yang ada pada madrasah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Pas Kedah yang membenarkan Madrasah Salihiah di tapak tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks beli-belah.
Semalam, lebih 1,000 umat Islam menghadiri program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah, di sini yang bertujuan memohon dan memperkukuhkan usaha mempertahankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu daripada dirobohkan.
Menurut Tengku Zainol, pihaknya tidak menghalang pembangunan dilaksanakan di negeri ini namun, apabila sesebuah tempat yang mempunyai nilai sejarah dan agama hendak dirobohkan, ia tidak harus berlaku.
"Madrasah Salihiah patut dibiarkan beroperasi ditapak asal jika kerajaan negeri tetap mahu meneruskan projek pembangunan di kawasan tersebut.
"Di dalam kompleks beli-belah pihak pemaju memang perlu sediakan surau, jadi jangan jadikan alasan surau yang akan dibina ini menjadi ganti kepada Madrasah Salihiah yang telah lama wujud di Kedah," jelasnya.



2 comments:

Laman Izz's said...

mohon saudara linkkan blog saya lamanizzs.blogspot.com ke blog saya tq. saya telah linkkan blog saudara ke blog saya

Fauzi Hamid said...

ok dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog