pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, January 2, 2012

Parti PAS atau Agama PAS dalam Pakatan Haram????






Dulu zaman 90 an PAS kata siapa yang sokong Anu Gay,,dapat tiket masuk neraka,,la ni bila Anu Gay dok sekali dengan PAS,,maka ada pulak tersedia tiket masuk syurga kalau sokong PAS,,,Cara buat macam PAS ni satu agama la pulak!! bukanya parti politik!!,boleh tentukan syurga,neraka,,nanti kalau orang suka mencuri boleh la sokong PAS pada PRU13,,PAS nak bagi tiket masuk syurga PAS.dengan hanya mengundi PAS aja,kalau tempat yang PAS tak tanding,tak ada la harapan pengundi tempat tu nak dapat tiket ke syurga PAS

Terbaru,bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas,Wan Ismail Wan Ahmad mendedahkan kelaku  kelayak hodoh pas tentang Hudud buatan PAS,,PAS sememangnya dah tersasar jauh dari landasan perjuangan mereka pada pertengahan era tahun 80an,al maklumlah PAS ada Nabi Terbaru mereka,,PKR pulak ada Imam Mahadi,DAP ada Khalifah terulung islam,,punya la hebat Pakatan Haram merosakan Islam,,




Kenyataan Wan Ismail Wan Ahmad tentang Hudud buatan PAS:-


MACHANG 1 Jan. - Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas

Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, hari ini tampil

menjelaskan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan Pas

tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis.

Beliau mendakwa, ia telah dipinda pada 1993 susulan

daripada kerjasama antara Pas, Semangat 46 (S46), DAP dan

Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.

Dakwa beliau, pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am

Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu

Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto

antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut

berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.

Wan Ismail yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, tafsiran

hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik

Abdul Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau

menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Pindaan itu dakwanya, dilakukan dengan kerjasama Presiden

Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu Pengerusi

Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum

diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dakwa Wan Ismail, melalui pindaan itu, hukuman hudud

tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan

hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam

perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.

"Di sinilah bermula perbezaannya. Asalnya pada 1986 dalam

muka surat lima manifesto dinyatakan iaitu

menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri

dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab

berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali

perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang

kekeluargaan.

"Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak

orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang

jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah

hudud sebenar berlandaskan Islam.

"Pada 1986 Pas masih di atas dasar asal bahawa hudud

mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan

kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar

masalah hudud telah bercelaru menjadi dalca," dakwanya

ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penjelasan mengenai hukum hudud boleh

dirujuk di dalam al-Quran melalui ayat 58 dan 105 Surah An-

Nisa dan ayat 49 Surah Al-Maidah.

Wan Ismail mendakwa, beliau telah dipecat daripada Pas

pada 1986 kerana menentang pakatan parti itu dengan S46.

Malah dakwanya, pada 1995 beliau telah menulis sebuah

buku menjelaskan mengenai hudud dan diserahkan kepada

Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Namun, sehingga hari ini kedua-dua pemimpin itu hanya

berdiam diri.

Katanya, kecelaruan berlaku dalam Pas kerana para

pemimpinnya sekarang membelakangi perjuangan asal parti

meskipun ramai yang tahu.

"Namun mereka membisu kerana takut dicemuh oleh

golongan fanatik selain tidak mahu dikenakan tindakan

disiplin," katanya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog