pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 6, 2012

Panas!!!! siapa punya kerja ni???


Bangunan UMNO Kedah 
Di Khianat


Haiii... Depa ni main kasaq nampak....main sembur cat la pulak!!
ALOR SETAR, 6 Jan – Beberapa bangunan milik UMNO Kedah disembur cat dan kata-kata nista terhadap parti itu menjelang keputusan mahkamah pada Isnin ini berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menjadi mangsa ialah kenderaan orang awam serta bas yang disembur cat warna hitam dengan perkataan “Bebaskan Anwar” dan “Gerakan 901″.
Bangunan Tunku di sini yang menempatkan pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dan Bank CIMB, disembur perkataan memburukkan UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Bangunan UMNO Padang Terap di Kuala Nerang dan bangunan UMNO Kubang Pasu di Jitra turut menjadi sasaran kumpulan tidak bertanggungjawab yang menyembur perkataan serupa.
UMNO Kedah membuat laporan polis di Balai Alor Setar, Kuala Nerang dan Jitra, pagi ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata UMNO Kedah sangat kesal dengan perbuatan vandalisme berunsur provokatif itu.
“Orang penakut sahaja yang sanggup melakukan perbuatan menconteng ini,” katanya yang mencabar golongan ini bersemuka dengan UMNO secara berdepan dan bukan dengan cara menconteng bangunan pada waktu malam.
Pengurus Harta UMNO Kedah, Salleh Saad, berkata beliau menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan pada 6.15 pagi ini berhubung perbuatan itu yang dipercayai dilakukan antara 3.30 pagi dan 5 pagi tadi.
Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menganggap perbuatan itu dilakukan orang biadab yang sakit hati.
Beliau bersama Ketua Polis Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad meninjau bangunan yang menjadi sasaran kumpulan tersebut.
Di Jitra, laporan polis berkaitan perbuatan itu dibuat oleh pemandu van UMNO bahagian Kubang Pasu, Shahrizal Saidin di Balai Polis Jitra.
Naib Ketua UMNO bahagian, Zulfitri Yaacob berkata Shahrizal tiba di pejabat pada 8 pagi dan mendapati van UMNO serta bangunan dan beberapa kenderaan yang diletakkan berdekatan bangunan UMNO Kubang Pasu disembur dengan perkataan-perkataan serupa di bangunan UMNO lain.

















Jenis hati busuk tangan tak qeti dok diam,

2 comments:

Anonymous said...

SEJAK PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) TIDAK ADA LAGI, PKR PULA YANG AMBIL TEMPATNYA MELAKUKAN KEGANASAN. CHIN PENG MEMPUNYAI NAMA BARU, IAITU DSAI.
NAMPAKNYA KITA MASIH DALAM ZAMAN DARURAT HINGGALAH DSAI INI TIADA LAGI.

Anonymous said...

Kami tidak akan menuduh orang lain selain daripada penyokong PR/PKR yang diupah oleh PKR Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Wan Saleh.

Arahan ini dibuat oleh Wan Salleh yang sekarang bermastautin dengan 3 bini di Langkawi'

Tindkan venderlizem ini disokong oleh PAS dan DAP Kedah. UStaz Azizan suruh budak-budak jahat tu buat venderlizem ini di bas HBR, bangunan UMNO Padang Terap, Bangunan UMNO Kubang Pasu dan Bangunan UMNO Negeri Kedah di Jalan Tungku Ibrahim Alor Star.

Siberangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog