pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, March 6, 2012

Panas !!! Azizan MB Kedah nak bongkarkan tauke Cina yang rapat dengan Phahrolrazi??

Dalam mesyuarat yang diadakan pada Ahad di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah untuk menyelesaikan konflik kepimpinan negeri tersebut,Datuk Seri Azizan Razak dilaporkan telah mengugut untuk mendedahkan nama ‘taukeh cina’ yang diketahui rapat dengan Datuk Phahrolrazi danmenghantar wang ke rumahnya hampir setiap malam.

Ini adalah sebagai balasan atas pelbagai projek dalam negeri Kedah yang kononnya telah diserahkan Phahrolrazi kepada individu tersebut.Malangnya, sumber yang menyatakan hal ini kepada penulis tidak pula menyatakan sama ada Azizan ada menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam mesyuarat itu.

Tuduhan ini serius kerana ia berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ditakuti boleh mengancam kestabilan kerajaan Kedah walaupun selepas penubuhan Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh PAS pusat untuk mengawal selia keputusan dalam pentadbiran negeri Kedah.

Apatah lagi bila yang membuat tuduhan tersebut ialah Menteri Besar Kedah sendiri!! Berharap Azizan berani melapurkan hal ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ia benar-benar berlaku seperti mana yang didakwanya. Apatah lagi bila tuduhan tersebut di dengar oleh semua orang yang hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din.

Kegagalan melapurkan kepada SPRM akan menjadikan pemimpin lain yang turut sama dalam mesyuarat tersebut bersubahat dengan ‘kesalahan yang didakwa Azizan dilakukan oleh Phahrolrazi itu.

Persoalanya di sini, kenapa Azizan menunggu sehingga mesyuarat seumpama itu diadakan untuk mendedahkan semua perkara tersebut kepada kepimpinan tertinggi PAS? Kenapa tidak dimaklumkan lebih awal jika benar seperti mana dakwaan Azizan dalam mesyuarat tersebut “saya tau semua tu ingat saya tak tau, nak saya dedah semua ka?”.

Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca, kami tahu lebih banyak perkara yang berlaku dalam mesyuarat tersebut tapi kami akan dedahkan pada masa yang sesuai kerana jelasnya banyak perkara memalukan berlaku dalam mesyuarat itu yang tidak mahu dihebahkan kepada pihak luar.

Sumber :- matkilaupenang.blogspot.com

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog