pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, March 4, 2012

Panas!!! Parti asyik serabut mula tergugat dengan BN Kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Pas kini sudah menjadi 'Parti Asyik Serabut' yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

Menurut Najib, beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan Pas yang sering menyerabutkan pemikiran rakyat."Mula-mula dia kata negara Islam, kemudian negara berkebajikan dan kata bukan Melayu boleh jadi Timbalan Presiden, tapi Musyidul Am kata tidak boleh. Banyak menyusahkan rakyat,banyak bagi serabut," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, di sini semalam.

Katanya dalam isu Pas di Kedah di mana dua exco tidak mahu dilantik semula,kemelut yang tidak selesai telah menyusahkan rakyat Kedah.Beliau berkata PKR pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai "Parti Kalut dan Ribut"."Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun tak selesai... DAP pula 'Depa Ambil Peluang', dia cari peluang saja, kalau nak masa depan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

"Kita (BN) tak pernah lari daripada prinsip perjuangan kita... BN parti  yang boleh diharapkan,"katanya.

"Bagaimana pun saya lihat kini sudah ada perubahan termasuk di Kedah..angin kencang menjurus kepada perubahan. Insya-Allah kita akan buat perubahan besar kepada negeri Kedah," katanya.

Pisau Kedah:-

Kehadiran lebih dari 22,000 orang di Padang Awam Kuala Ketil membuktikan BN Kedah sudah mula kembali di yakini rakyat,,selepas itu di Padang Taman Ria Jaya,,lebih dari 30,000 orang menghadiri Jamuan Makan Malam Perdana rakyat bersama Perdana Menteri,ini membuktikan rakyat Kedah menolak Pakatan Haram yang banyak bermasalah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog