pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, March 5, 2012

Kemelut perpecahan PAS Kedah semakin panas..

Debaran dan penantian keputusan mesyuarat khas krisis dalaman parti Pas Kedah. Namun sudah ada pihak yang umum bahawa beliau akan menang dalam krisis kali ini!!

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yakin beliau akan "menang" dalam pertemuan khas yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini bagi membincangkan kemelut kepimpinan Pas negeri Kedah.

Pertemuan yang dihadiri oleh barisan kepimpinan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri Kedah sedang berlangsung.Phahrolrazi, yang tiba sekitar jam 8.50 malam, semasa dikerumuni wartawan ketika memasuki pekarangan Seri Mentaloon sempat berkata:

"Saya yakin boleh menang."

Beliau diajukan soalan tentang harapannya terhadap pertemuan bersejarah malam ini.Namun angin bertiup kencang mengatakan bahawa Azizan akan digantung kerja dan diarah bercuti.

Maka ada orang yang akan ambil alih tempat Azizan.Siapa yang akan ganti tempat Azizan? Phahrolrazi ka?Kalau betul lah dia, maka tercapailah hasratny untuk jadi MB Kedah.

Pisau Kedah :-

Panas gila kerusi MB Kedah,pakat-pakat dok berebut,dengar desas desus mengatakan sekiranya Azizan Razak yang di gelar MB serba tak tahu di gantung  kerja,,besar kemungkinan Taulan Rasul akan di lantik Menteri Besar sementara,kalau betul la apa yang cerita di dengari ini lagi kalut la PAS Kedah sekiranya Taulan Rasul jadi MB Kedah.Pastinya kecewa la 2,3 orang lagi pemimpin PAS Kedah yang kempunan nak jadi MB dari sejak selepas PRU12 lagi,terutamanya Phahrolrazi..

Entah la apa nak jadi dengan PAS Kedah,baru 3 tahun tadbir negeri Kedah dah jadi macam-macam bak kata Perdana Menteri PAS la ni dah jadi parti ahli serabut.mungkin ini berkat dari Doa-doa rakyat Kedah yang marahkan PAS Kedah yang gagal menunaikan janji manifestor..dan doa-doa orang-orang yang mempertahankan Madrasah Salihiah setelah di zalimi Kerajaan Negeri Pentadbiran PAS.

La ni sifat kezaliman yang puak PAS fitnah Tun Mahathir dah balik kat depa.dulu bukan main gelar Tun Mahathir sebagai "Mahazalim" la ni puak PAS lagi Zalim,siap bersekutu dan menjilat penyokong rejim zionis yang menjadi ketua pakatan haram.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog