pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, March 27, 2012

Persoalan untuk Kerajaan Negeri Pentadbiran Kedah....Macam mana dengan projek ladang rakyat???


 


Projek haram ini adalah salah satu cara puak pentadbiran PAS kedah cuba berselindung di sebalik nama Ladang Rakyat, namun ia hanya untuk menyapu bersih balak di Gunung Inas. Di sebalik mereka berbangga hasil balak yang kononnya lebih untung daripada masa pentadbiran BN di Kedah. Sampai sekarang mereka mengatakan balak yang di ambil adalah dari permit yang di keluarkan Kerajaan BN dahulu.


Hebat sungguh pentadbiran PAS Kedah. Mereka cuba menutup rahsia projek jahat tanpa sedikit pun di ketahui oleh rakyat. Tahukah anda, balak yang di ambil dari projek Ladang Rakyat, tidak di tender, malah balak yang di ambil adalah di bawah projek Ladang Rakyat, semata-mata untuk membersihkan gunung untuk projek ladang rakyat. Balak berkenaan bukan permit dari kerajaan BN dahulu.

PAS letak nama Ladang Rakyat yang kononnya untuk majukan tanah bagi projek kepala sawit atau getah. Tapi hakikatnya balak adalah punca utama PAS untuk membuat Ladang Rakyat..bukan sahaja Ladang Rakyat di Baling tapi juga di Sik, Pendang dan juga Padang Terap, habis balak di bolot PAS...Balak berkenaan di panggil Balak Anugerah, balak anugerah ni tak perlu di tender. Hanya anugerah dari kerajaan negeri kepada si pemotong balak.

Suka-suka hati nak anugerah, ingat tanah gunung dan bukit tu, hak milik mak bapak depa apa nak anugerah tanpa tender.



Gambar di atas adalah surat yang di edarkan MKK.

Rakyat Baling mula ragui projek Ladang Rakyat, di manakah borang rasmi dari Kerajaan Negeri untuk di edarkan kepada yang nak menyertai projek Ladang Rakyat? Sedangkan MKK sudah edarkan borang perlantikan ukur melalui sebuah syarikat jurukur. 

Semasa mahu serahkan borang, perlulah di sertai dengan RM3000.00 sebagai bayaran upah kepada Syarikat terbabit. Sedangkan dalam surat berkenaan tiada jaminan untuk dapat menyertai Projek Ladang Rakyat. Hebat sungguh, pemohonan tak di lakukan, terus nak di ukur.

Apakah ini satu projek kebajikan terhadap rakyat? Atau ianya hanya satu lagi projek yang nak perah duit rakyat, tanpa rakyat sedar?

"Anda mempunyai otak, anda boleh menilainya, gunakan Kepala otak untuk berfikir, gunakan kepala lutut"

Ada seorang yang hebat dalam Kerajaan Negeri yang ada kaitannya dengan balak, pernah bersumpah tak pernak makan duit balak Ladang Rakyat SIK, tapi tak pulak bersumpah yang dia tak makan duit balak Ladang Rakyat Baling, Pendang dan Padang Terap, siapakah  orang itu?


Pisau Kedah:-

Balak di masa pemerintahan BN begitu terkawal ,hasil balak pada pemerintahan zaman PAS memang la meningkat di sebabkan semua balak di tebang,,siap boleh kata pulak balak yang di ambil lebih dari kawasan yang di benarkan  adalah "Balak Anugerah".mau tak untung lebihnya.

Punya la nak tipu rakyat ,kerajaan Negeri pentadbiran PAS kata balak yang di ambil adalah seperti di tender di zaman BN.yang tender saja cerita..yang balak anugerah tu tak di cerita pulak di ambil banyak mana keluasanya dan hasilnya pulak..

1 comment:

nonbal said...

KENA BUAT PENDEDAHAN BESAR-BESARAN MELIBATKAN BLOG, MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK KE ATAS ISU INI. INI ADALAH ISU YANG AMAT BESAR DI KEDAH.
DIHARAP ADA SESIAPA INDIVIDU ATAU NGO YANG AMBIL ISU YANG TELAH DIMULAKAN OLEH MEDIA ALTERNATIF INI SUPAYA ISU INI SEGERA DITANGANI.
SAYA ADALAH BERASAL DARI BALING, TAK TAU PULA ADA SYAITAN YANG SEDANG MEROMPAK HASIL BUMI DI SANA.
RAKYAT BALING TELAH DITIPU BAHAWA INI ADALAH LANJUTAN DARI BAN BALAK SEWAKTU PEMERINTAHAN BN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog