
Rasuah: Cabar pembangkang desak Nik Aziz
letak jawatan
Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan dan bertanggungjawab dalam
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantunya, Abdul
Ariffahmi Ab. Rahman berhubung dakwaan penyelewengan.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kegagalan pembangkang
melakukan perkara itu membuktikan mereka bersikap pilih kasih dalam isu berkenaan.
Katanya, ia dibuktikan apabila pembangkang memperbesar-besarkan isu berkaitan National
Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) sehingga sanggup mendesak Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan.
“Saya cabar Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli untuk mendesak Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
“Jika dalam kes Shahrizat mereka begitu lantang mendesaknya meletak jawatan, maka mereka
juga perlu berbuat perkara sama ke atas Nik Aziz,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Kelmarin, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan iaitu Orang Muda Berpadu Anti
Korupsi (OMBAK) dan Gerakan Selamatkan Kelantan (Gasak) mempersoalkan kenapa sehingga
sekarang tiada tindakan diambil SPRM berhubung siasatan terhadap Ariffahmi yang merupakan
bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Published with Blogger-droid v2.0.2
2 comments:
nik aziz yang boleh berkawan dengan syaitan tidak akan meletakkan jawatan.kerana apa? kerana syaitan sentiasa membantunya hinggakan orang menggelarnya nabi tidak dimarahinya.malah berbangga pula tu dan menuding jari kepada umno yang dituduh tidak islam.walhal dirinya sendiri telah sah munafik
nik aziz yang boleh berkawan dengan syaitan tidak akan meletakkan jawatan.kerana apa? kerana syaitan sentiasa membantunya hinggakan orang menggelarnya nabi tidak dimarahinya.malah berbangga pula tu dan menuding jari kepada umno yang dituduh tidak islam.walhal dirinya sendiri telah sah munafik
Post a Comment