pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, December 24, 2011

Tok Hadi Awang buka mulut.

Ini kata Hadi Awang

Ahli Pas bertindak sendirian hadapi risiko digugurkan

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada kesemua ahli parti itu supaya tidak bertindak bersendirian atau menghadapi risiko ‘digugurkan’.
Dengan menyifatkan perlembagaan tertinggi Pas dijamin oleh sekumpulan individu berwibawa, kata beliau, mana-mana ahli parti yang bertindak sendirian pasti akan ‘tersungkur’.
“Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam Pas.


Ini kata Mustafa Ali

Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno


KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.
Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.
Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.
Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Ini kata Harun Taib

Dewan Ulama Pas pertahan Hasan Ali, Nasharuddin

KUALA TERENGGANU 23 Dis. – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa walaupun kedua-duanya dikecam hebat oleh kepimpinan parti berkenaan.
Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menegaskan, pendiriannya masih tidak berubah terhadap kewibawaan serta kesetiaan Nasharuddin dan Hasan kepada Pas dari dahulu sehingga sekarang.
Malah beliau tetap berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan masih diperlukan oleh Pas dan begitu juga sebaliknya.


Kata Mahfuz Omar

 
Hassan Ali mengisytiharkam perang terhadap PAS

 KUALA LUMPUR, 21 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian “mengisytiharkan perang” ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.

“Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS,” kata beliau (gambar) pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Kata Pisau Kedah



Pas dah celaru,

PAS kini dah celaru,selak kain sendiri untuk di lacurkan,,bukan apa kecelaruan ni berlaku,semua satu saja,,PAS terlalu ikut terlunjuk DAP..perpecahan berlaku dalam parti sendiri..ini menunjukan PAS ni tak cerdik untuk menjadi satu parti dominan,,sebab tu DAP boleh jadi parti Dominan dalam Pakatan Haram.




PAS Bodoh melacurkan diri kepada DAP.
sehingga membuat Parti Mereka celaru..




PAS for all untuk di lacurkan...






1 comment:

matrengganu said...

Tak payah buat2 bergaduh lah... berlakun jer tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog