pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, December 2, 2011

Fitnah yang di lakukan pihak tertentu terhadap produk Ramly.

Penafian dari empunya Syarikat Ramly


                                                          


Kepada 
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM). 

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech). 

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,




DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly





2 comments:

praha2 said...

eden sodih lah membaca fitnah ni. ni dilakukan olih oran yang mengkhianati business oran melayu. ado oran tak mau melihat oran melayu maju dalam perniagaan jadi fitnahlah.
apo punyo baral ni. tak bolih ko oran melayu nak berniago? oran lain sajo ko bolih? apo oran melayu tak bolih jual nasi lomak ko? siapo yang mulo dulu jual nasi lomak? oran melayu ko cino? mengapo oran cino tak nak jual tosai dan roti canai? oran melayu ado buet roti canai dan tosai. disobabkan roti canai kepunyaan oran india dio tak mau rosakan lah.
ini lah apo yang dikatokan olih yb kolante tu-apo lagi yang kou mau? darah oran melayu? dan kalo fitnah ni datang nyo dari oran melayu-eden malu kerano perangai oran melayu cam tu lah. dongki hati tak bolih lihat oran sebangso maju. kalo bolih jatuhkan dio.

aidil said...

Sayang..... pemilikannya 100% melayu tetapi pen'distribute'annya 100% cina. Mana manfaat Tuan Hj Ramly kepada anak bangsa?

Tuan Hj harus bangun memberi peluang kepada anak melayu untuk merasai sedikit nikmat atau paling tidak tempias rezeki Tuan Hj kepada anak bangsa. Jadilah payung kepada anak2 bangsa tumpang berteduh bukannya batu permata yang hanya mampu dipandang oleh anak bangsa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog