pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, December 1, 2011

Terkini maklumat tentang bantuan RM500

Daftar mohon bantuan RM500 dibuka mulai 10 Dis.



30/11/2011 3:50pm

KUALA LUMPUR 30 Nov. — Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.
Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.
Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. — Bernama




6 comments:

Walinong Sari said...

Kalau pendapatan seseorang itu RM3,050 bolehkah dia daftar

pisau kedah said...

hanya di bawah RM3000.sahaja yang layak berdaftar untuk mendapat bantuan RM500 untuk 1 isi runah

Anonymous said...

Ada siapa boleh bantu.

Saya ingin tahu pendapatan isi rumah adakah maknanya total income suami dan isteri serta anak jika ada yang duduk bersama?

Ataupun dibawah RM3000 orang yang menuntut sahaja. Please anyone can explain Terima kasih.

pisau kedah said...

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara...total income di kira pendapatan isi rumah

Anonymous said...

kalau saya da berkahwin..dah ada anak pun dua orang..tapi tinggal dgn family..saya boleh dapat x lagi jika ayah saya pun sudah minta.?

Anonymous said...

Bersandarkan kepada gaji RM 3,000.00 kebawah, secara dasarnya mereka ini dikira layak.Tetapi jika pemohon tersebut tidak mempunyai anak dan tiada tanggungan yang membebankan, adakah mereka layak mendapat RM 500.00 tersebut?

Bagaimana pula jika mereka yang bergaji melebihi RM 3,000.00 tetapi mempunyai anak yang ramai (contohnya melebihi 4, 5 orang anak yang semuanya masih bersekolah) dan mempunyai tanggungan sampingan, adakah mereka ini layak atau akan hanya terpinggir begitu sahaja? Mohon penjelasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog