Bila pulak PAS Kedah buat Kebajikan?
janji manifesto pun tak tunaikan lagi
ni baru kebajikan namanya
IPOH 10 Dis. - Kerajaan akan menambah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang
berjumlah RM2.6 bilion bagi memastikan semua keluarga berpendapatan kurang RM3,000
sebulan menerima bantuan khas RM500 yang dijanjikan.
Sehubungan itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi jaminan
semua keluarga terlibat akan menerima bantuan itu walaupun bilangannya nanti melebihi
anggaran asal seramai 5.2 juta isi rumah.
“Kita belum tahu bilangan isi rumah yang layak. Namun dianggarkan 5.2 juta atau 83 peratus
daripada 6.2 juta isi rumah yang dilaporkan di seluruh negara layak menerima bantuan khas itu.
“Sekiranya bilangan yang layak melebihi 5.2 juta isi rumah, mereka akan dapat juga,” katanya
selepas melancarkan pendaftaran BR1M di Dewan Komuniti 1Malaysia Chemor, dekat sini hari
ini.
Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai
sekali bayar sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah
yang akan diagihkan mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula hari ini
hingga 10 Januari.
Menurut Ahmad Husni, setiap permohonan akan diperiksa dengan teliti oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi.
Katanya, dengan rekod yang ada pada LHDN dan BNM, beliau yakin tidak akan berlaku ketirisan
apatah lagi mereka yang memberi maklumat palsu boleh dipenjara tiga tahun dan didenda
seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
“Mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 tidak membayar cukai, jadi mereka tiada
dalam rekod. Kita percaya mereka yang layak akan dapat dan yang tidak layak tidak akan dapat
bantuan itu,” katanya.
Beliau juga percaya sasaran pendaftaran seramai 5.2 juta isi rumah mampu dicapai dalam
tempoh sebulan dengan gabungan kerjasama LHDN, agensi-agensi kerajaan dan pemimpin
masyarakat.
Dalam pada itu, Ahmad Husni amat tersentuh melihat begitu ramai rakyat berbilang kaum datang
ke majlis itu untuk memohon BR1M.
No comments:
Post a Comment