pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, December 13, 2011

Hassan Ali telah di akui kemungkinan tak di calonkan

Penulis Harakah mengatakan Utusan tak habis-habis membuat fitnah,mungkin penulis ni agak tertekan di sebabkan tiada sambutan hanggat terhadap Harakah,harap-harap penulis tu dapat terima kenyataan,


berita terkini

sumber :-Utusan Malaysia


Pencalonan Hasan tidak cukup

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 12 Dis. – Pas Selangor mengakui Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu,

Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenaraikan sebagai

calon dari negeri itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad (gambar) berkata, keputusan tidak

mencalonkan Hasan dibuat kerana bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak mendapat

pencalonan yang mencukupi di peringkat cawangan parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri

(DUN) Gombak Setia, yang diwakili oleh Hasan.

‘‘Beliau (Hasan) tidak mendapat pencalonan yang cukup untuk dipilih sebagai calon. Di kawasan

beliau sendiri (Gombak Setia), beliau tidak dapat pencalonan yang cukup,” katanya ketika

dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menafikan senarai calon yang

dikemukakan kepada pimpinan Pas Pusat sebelum ini adalah keputusan muktamad yang

diputuskan oleh Pas negeri.

Sebaliknya, beliau menyatakan senarai calon itu hanya cadangan awal yang dikemukakan oleh

Pas Selangor untuk dipertimbangkan oleh kepimpinan Pas Pusat.

‘‘Jika Pas Pusat mahu Hasan dipilih sebagai calon untuk bertanding, ia adalah keputusan yang

dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan kita akan terima serta sokong.

‘‘Tidak semestinya di kawasan Gombak Setia, kalau pimpinan Pas Pusat mahu beliau dicalonkan

di kawasan lain pun, kita tidak ada masalah,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, Mingguan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, Hasan yang juga

ADUN Gombak Setia telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pengguguran tersebut telah

mendapat restu daripada Pas Pusat.

Selain itu, Pas Pusat juga dikatakan akan menggugurkan beberapa pemimpin lain termasuk bekas

Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro

Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita mengenai pengguguran Hasan itu telah diperkatakan sejak kebelakangan ini, malah Jumaat

lalu, sebuah portal berita propembangkang melaporkan kenyataan Ketua Penerangan Pas

Selangor, Saari Sungib bahawa Hasan berkemungkinan besar akan digugurkan sebagai calon parti

itu pada PRU13.


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog