pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, December 28, 2011

Bongkar!!!! Kelemahan Kerajaan Pentadbiran PAS



Projek yang terbiar begitu sahaja tanpa satu pun usaha
meneruskan setelah ambil alih tampok pemerintahan



Bangunan apa ni?


Nampak kosong saja.


Takkan langsung takdak orang?

A'a.. la.. kosong..

Kenapa di biarkan kosong?
Jadi tempat kegiatan yang tak elok ni..

Rasanya dah 90% siap..

Apa dah jadi sebenarnya?

Untuk pengetahuan semua, projek ini adalah satu usaha dari kerajaan negeri Kedah yang terdahulu. Projek ini hasil daripada ilham Bekas Menteri Besar Kedah Syed Razak dibawah exco pelancongan negeri Kedah. Masalahnya projek ini dahulu berjalan lancar, hinggalah kesaat peralihan  kerajaan negeri yang telah menyebabkan projek ini 'tergendala'.

Apabila bangunan yang telah siap 90 peratus, telah tergendala dan hanya jadi projek gajah putih. Team Media Kedah merasakan ia satu kerugian kepada rakyat dan juga kerajaan negeri.

Bangunan ini sepatutnya menjadi medan ikan bakar yang terkenal dan ia merupakan tempat tarikan pelancongan untuk singgah menjamu selera ketika menaiki river cruise yang menyisir disetiap laluan Sungai Kedah.

Berjuta telah diperuntukkan untuk membuat bangunan ini. Mungkin projek ini akan berjaya jika TIADA peralihan kerajaan negeri.

Apa yang menjadi persoalannya ialah, kenapa kerajaan negeri sekarang tidak menyambung semula projek ini?

Kenapa dibiarkan saja projek ini 'tergendala' tanpa pembelaan?

Apabila bangunan yang sudah siap tidak digunakan, ia akan menjadi satu penyakit baru.

Ia akan disalahgunakan menjadi tempat 'bermaksiat' atau 'menghisap dadah'.

Sewaktu tinjuan Team Media Kedah ke sana, ada sepasang remaja lelaki dan perempuan keluar dari sebuah satu kedai dengan keadaan tergesa-gesa dan sambil membetul-betulkan baju.

Team Media Kedah meninjau pula kedalam kedai terbabit, nampaknya tiada apa-apa yang istimewa, cuma ada kotak yang berselerak.

Apa yang dua orang remaja tadi tu buat. Main aci sembunyikah? Main dam aji kah? main konda-kondi? Atau main korek-korek, geli-geli?

Nak salahkan siapa bila jadi macam ni? Adun, Exco atau kerajaan negeri? Atau kerajaan Pas masih nak salahkan kerajaan terdahulu kerana tak siapkan projek?

Kalau kerajaan negeri sekarang masih menuding jari kepada kerajaan negeri yang terdahulu. Mc rasa, baik lepas ni, kerajaan Pas Kedah serah balik kerajaan negeri Kedah kepada BN.

Rakyat Kedah pilih Pas dulu pun disebabkan mereka mahu perubahan kearah yang baik. Tapi nampak gayanya, Pas Kedah bukan berubah kearah kebaikkan. Malah ia menjadi lebih buruk dari teruk!

Apabila rakyat mempersoalkan sesuatu perkara, kerajaan negeri dengan pantas, menuding jari kepada kerajaan terdahulu. Kerajaan yang terdahulu telah diajar hingga hilang kuasa, kerana mereka lupa akan tanggung jawab mereka.

Jika kerajaan dahulu telah di hukum. Kerajaan sekarang pulak tak buat kerja, namun asyik salahkan kerajaan dahulu. Walau teruknya kerajaan dahulu, namun ia masih lagi berjasa. Kerajaan sekarang?

Ekonomi lingkup, projek pembangunan tak ada, sosial bungkus, hal berkaitan dengan Islam pun rosak. Jadi apa yang bagus dengan kerajaan Pas Kedah sekarang?

Rasanya tak dak yang bagus..!!!





Pisau Kedah:-
Pekara macam ni tak mahu di baik pulih,,sedangkan mendatangkan keuntungan pada penduduk sekeliling,menjadi mercu tanda pelancongan..PAS kata mahukan pembangunan konon,,projek yang hampir siap pun tak dapat teruskan masa peralihan kuasa pentadbiran Negeri..last2 tanah wakaf Madrasah Salihiah yang jadi mangsa,,kata nak buat pembangunan konon.sedangkan Kerajaan Negeri dapat banyak mana tak tahu la sebalik penjualan tanah wakaf dan projek Pusat Beli Belah dan Hotel depa kaut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog