pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, December 8, 2011

Berita panas....PM buat kerajaan Negeri Kedah tak senang duduk


Najib lancar Pelan Induk Pelancongan Langkawi



2011/12/08

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Pelan Induk Pelancongan Langkawi (BPL) di sebuah hotel terkemuka di sini. 

BPL akan dilaksanakan dalam tempoh 2011-2015 bagi mencapai aspirasi untuk menjadikan Langkawi sebagai Global Top 10 Island dan Eco-Adventure Destination menjelang 2015.


Melalui pelaksanaan BPL, pendapatan pelancongan Langkawi dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM3.8 bilion dan menjana 4,200 peluang pekerjaan baru menjelang 2015.
Hasrat itu didokong oleh peruntukan kerajaan berjumlah RM420 juta seperti  yang dibentangkan dalam Belanjawan 2012 dan juga pelaburan oleh swasta. 

Bagi mencapai hasrat itu, BPL menggariskan 14 inisiatif  utama yang dijangka merancakkan semula industri pelancongan di Langkawi . 

Sementara itu, pada majlis yang sama, memorandum persefahaman dimeterai di antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Taylor's University untuk membangunkan akademi pelancongan di pulau peranginan berkenaan. 

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 




Nak tanya sikit..Kerajaan Negeri yang di takbir PR ada sumbangan apa kepada Langkawi tentang pelancongan???..tak membantu langsung penduduk Langkawi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog