pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, January 9, 2012

UMNO Mempertikai Anwar di Bebaskan??


Apakah selama ini benar apa yang di perkatakan Pakatan Haram
Mahkamah atau badan Kehakiman ikut telunjuk BN??

KUALA LUMPUR, 9 Jan –  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu.
“Penghakiman sudah diputuskan…dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada ‘rule of law’ atau keunggulan undang-undang,” katanya di sini hari ini.
Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Terdahulu dalam satu kenyataan, Rais berkata Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan tersebut membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.
Gelombang terkini dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia, katanya.
Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata dengan keputusan itu juga, rakyat harus terus berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang.
“Tiada siapapun berada di tahap lebih tinggi daripada undang-undang negara.
“Dan saya yakin dengan keputusan ini, pengikut dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasionalkan kedaulatan undang-undang negara yang tersisip dalam Rukun Negara,” katanya.
Beliau berharap tidak akan ada lagi spekulasi atau gesaan yang boleh memecah-belahkan institusi atau elemen pentadbiran negara serta perpaduan di negara ini.
“Keputusan dan pendapat mahkamah yang mencerminkan keadilan wajar kita hormati.
“Saya sendiri amat bangga dengan badan kehakiman Malaysia yang menjalankan tugas tanpa memilih bulu,” katanya.


BN bukanlah satu parti yang menentang pihak penghakiman,,keputusan yang di buat mahkamah adalah keputusan di dalam badan kehakiman bukannya dari Kerajaan yang memerintah,,ini menunjukan Hakim adalah badan bebas,,walau dalam pembebasan Anwar ada pihak yang tak berapa setuju dengan keputusan yang di lakukan Hakim,,ini menunjukan pihak yang tidak sukakan Anwar lebih matang pemikiran dari pihak yang menyokong Anwar,,ini dapat di lihat dari sifat agresif menerima kenyataan,,Pihak yang tidak menyokong Anwar tidak bertindak agresif walaupun ternyata bagi mereka ada yang tidak kena di sebalik keputusan Hakim yang telah di buat..Tetapi berbeza benar dengan sikap yang menyokong Anwar,,apabila satu keputusan yang tidak menyebelahi pihak mereka,mereka akan bertindak agresif,,tidak dapat terima kenyataan..mereka akan membuat undang-undang mereka sendiri,,tak mustahil satu hari nanti sekiranya orang seperti ini masih ramai.negara akan jadi huru hara,kerana mereka mengangap hanya mereka yang betul dan tak pernah buat salah,,mereka berhak bebas membuat keputusan sendiri.

Sikap tidak matang Penyokong Anwar perlu di letakan kesalahan di bahu Anwar,,kerana dialah yang mengajar,menghasut penyokongnya supaya taksub dengan kata-katanya,Hanya kerana jawatan Perdana Menteri,Anwar sanggup mengheret pemasalahan yang di hadapinya agar cita-citanya tercapai..sikap begini tidak harus di jadikan pemimpin,kelak nanti ia akan membuat Malaysia kucar kacir..




                                                      Penyokong
                                                                  Pakatan
                                                                                           Haram




3 comments:

Anonymous said...

Hakim yg sangat bijak...tak mahu ambil risiko keputusan lalu kelemahan teknikal DNA di jadikan point.

Anonymous said...

semoga saiful terus sabar, tenang dan bserah kpd ALLAH Yang Maha Mengetahui. Dgn kputusan hakim hari ni malaysia tselamat drp mala petaka, anggaplah ini pengorbanan yg saiful tpaksa tanggung, ALLAH bsamamu

no name said...

ALLAH AKAN MEMBALAS DIATAS KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN.BERSABAR SAIFUL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog