pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 6, 2013

Pehhh.. Nik Aziz Dah Di Lantik Juru Cakap DAP Untuk Menghentam Kedatangan PSY


Nak tergelak Pisau Kedah bila membaca kenyataan Nik Aziz yang mengatakan pembaziran berkenaan penyanyi popular Korea, PSY datang membuat persembahan bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang akan di adakan di Pulau Pinang pada 11 Februari ini.

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan langkah membawa penyanyi popular Korea, Psy bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang pada 11 Febuari ini satu pembaziran.


“Bagi saya sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan masyarakat terbabit yang meriah, namun tidak perlulah membazir dengan menjemput penghibur dari luar untuk memeriahkan acara sambutan.


“Daripada kita agungkan artis luar patut kita beri sokongan kepada anak-anak muda kita, namun persembahan yang dilakukan mestilah bermesej dan tidak menyimpang dari budaya negara kita yang masyarakatnya majoriti beragama Islam,” katanya kepada media hari ini selepas menziarah dua rumah masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina di Kampung Tebing Tinggi dekat sini
.- SH
Haiya..sulah nyanyok ini olang tua !!!  Nik Aziz perlu tahu, yang taja PSY membuat persembahan di Pulau Pinang adalah syarikat swasta dan bukannya Kerajaan Pusat atau mana-mana Kerajaan Negeri.

Syarikat yang taja tu bukan syarikat kecil la Nik Aziz oiii !!!

Nama syarikat tu Syarikat Mega Ultimate, syarikat tu merupakan sebuah syarikat gergasi. Jadi tidak  hak bagi sapa-sapa nak halang syarikat terbabit nak panggil mana-mana artis nak buat persembahan sekali pun.

Syarikat tu bukan dok minta derma dari rakyat sepertimana PAS dok kutip duit dari penyokongnya setiap kali buat ceramah.( Bila di tanya kemana perginya duit ceramah tu, sehingga sekarang PAS tak pernah jawab.)

Duit Tabung memali yang berjuta-juta dok kutip dari orang ramai untuk membantu Balu-balu dan anak-anak yang terlibat dengan peristiwa Memali entah lesap ke mana, Nik Aziz tak pernah sibuk menghantam pun.

Pisau Kedah yakin, sebenarnya DAP yang minta PAS menghantam pasal kedatangan artis populor tu sebab apabila DAP menghentam kedatangan PSY membuat persembahan pastinya golongan muda masyarakat Cina akan menolak DAP pada PRU 13 ini.

Psy
Syarikat Swasta Taja Psy Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional BN yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong memberitahu, penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena “Oppa Gangnam Style” sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.

“Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan, ” kata Oh kepada The Malaysian Insider.

“Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti, ” kata beliau lagi.

Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750 000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

“DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy ” kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

“Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat ”

Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan, memberitahu, kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan. - (The Malaysian Insider)

2 comments:

Anonymous said...

Dulu Nik Ajis tegur umat Islam sambut Maulidurasul macam keristian tetapi dia sambut Hari Jadi dia macam omputeh tak apa pulak.

Skrg dia tegur sambutan CNY panggil PSY dgn gangnam membazir. Nik Aziz cuma satu benda ajer yg dia agak konsisten pendirian dia skrg ini. Dia mmg kelakar !!!

Anonymous said...

Ha.ha.ha...Nampak bodoh betul Nik Aziz dok kalut pasai PSY. Keadilan buat tarian separuh bogel di kulim, Nik Aziz tak kalut pun.. Tuihhh!!! untuk ulamak politik yang tahu keuntungan politik sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog