pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, February 14, 2013

HOT !!! Jeffrey : Gelaran Anwar ‘Huguan Siou’, Penghinaan KadazanDusun Murut

The controversial picture of Anwar wearing the headgear which is the one used only by the supremo of the Kadazan  people.-2.jpg

AIDCnews – 13/02/13 – Pemberian gelaran “Huguan Siou” kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu penghinaan terhadap adat masyarakat KadazanDusun Murut (KDM), kata pengerusi Parti Pembaharuan Negeri (STAR) Jeffrey Kitingan.

“Ia adalah satu penghinaan terhadap adat dan institusi komuniti KDM,”kata Jeffey kepada FMT.

Jeffrey yang juga Pengerusi Barisan Bersatu Borneo dan bekas Naib Presiden PKR berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tentang Anwar yang dikurniakan gelaran “Huguan Siou” yang diberikan PKR Ranau ketika beliau melawat Kampung Paginatan, Sabah, pada hari Ahad.

Foto-foto Anwar yang memakai tanjak (sigar) dan selendang bertulis “Huguan Siou” disebar luas oleh Ketua PKR Ranau, Jonathan Yasin di laman sosial peribadinya.

Huguan Siou merupakan satu gelaran tertinggi yang bersamaan dengan maksud pemimpin penting dalam masyarakat KDM. Ia dikurniakan oleh Majlis Kebudayaan Kadazan Dusun.

Gelaran itu sekarang disandang oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan.

Jeffrey berkata gelaran itu diberikan kepada Anwar semata-mata untuk membodek Ketua Umum PKR demi untuk memanjang karier politik mereka di negeri itu.

“Pemimpin-pemimpin itu ‘menjual ‘ adat resam mereka semata-mata bekepentingan pertibadi. Mereka beri (gelaran itu kepada Anwar) sebab mereka mahu bodek boss mereka (Anwar) dalam usaha untuk menjadi calon.

“Mereka yang meneruskan amalan itu adalah biadap terhadap masyarakat KadazanDusun Murut,”kata Jeffrey yang juga adik kepada Pairin Kitingan.

Kesilapan besar

Sementara itu, Ahli parlimen Kota Belud, YB Dato’ Abd Rahman Dahlan berkata PKR Sabah telah melakukan kesilapan besar dengan memberikan gelaran yang Anwar tidak layak menerimanya.


“Bagaimana seseorang boleh memberi gelaran kepada seseorang yang tidak layak? Ia adalah gelaran yang suci … Anda tidak boleh datang dalam helikopter untuk menghadiri ceramah politik dan mendapat gelaran itu, katanya yang merujuk kempen politik Anwar di Sabah.

Menurutnya, Anwar sebelum ini pernah digelar oleh isterinya yang juga Presiden PKR sebagai Anugerah Tuhan dalam Kongres PKR 2010, namun satu gelaran masih belum mencukupi kepadanya.

“Dia (Anwar) sudah digelar ‘Anugerah Tuhan’ untuk rakyat Malaysia, tetapi ia masih belum berpuas hati. Dia mahu jadi ‘Raja’ kepada rakyat Malaysia,”katanya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog