pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, February 1, 2013

Panas !!! Nik Aziz Kata Ustaz Nasha Di Pecat Dari PAS ???


AIDCNews – 31/01/13 – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti dilaporkan The Star berkata pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada jawatan Majlis Syura sama seperti dipecat daripada menjadi anggota Pas.
Katanya, Nasharuddin tidak perlu lagi menunggu surat daripada parti berkenaan status keahliannya kerana pemecatan daripada Majlis syura secara automatik bermaksud beliau bukan lagi ahli PAS.
“Tidak penting sama ada dia telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura yang membuktikan dia telah dilucutkan atau menunggu status keahliannya, faktanya sama bahawa apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”katanya kepada pemberita di Bachok hari ini.
Pada 29 Januari, Nik Aziz dilaporkan Sinar Harian berkata beliau dengan rela hati melepaskan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa menyertai mana-mana parti pilihannya.
“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).
“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog