pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 6, 2013

Al Fatihah : Semoga Allah S.W.T Merahmati Arwah Datuk Yahya Sulong



Pelakon veteran Datuk Yahya Sulong meninggal dunia, hari ini. Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman  Twitter petang tadi.



“Datuk Yahya Sulung meninggal dunia. Sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Al-Fatihah,” tulis beliau.

Menurut Zed Zaidi, arwah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit tua.

“Arwah meninggal dunia jam 6.45 petang di HKL atas sakit tua. Jenazah dimandikan di sini juga,” katanya.

Jenazah Yahya akan dibawa ke Perak untuk dikebumikan.

“Sekitar jam 9.30 atau 10 malam ini, jenazah akan dibawa ke Teluk Intan, Perak untuk urusan pengebumian,” katanya.

Sebelum ini, pelakon berusia 85 tahun itu telah menderita penyakit angin ahmar. Allahyarham pernah berlakon dalam filem Da Di Du, Abu Nawas dan Prebet Lapok. Yahya meninggalkan balu, Datin Alisah Ali, 68.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog