pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, February 4, 2013

Tu Dia !!! Azizan Kantoi Menipu Tentang KUIN



Nak tergelak apabila Azizan Razak kata Kerajaan Pusat tidak pernah menyumbang terhadap pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ) baru-baru ini..

Azizan oiii kalau nak menipu pun agak-agak la jangan sampai memperbodoh diri pulak !!!!

Mampu ka Kerajaan PAS Kedah hendak membangunkan KUIN yang menelan belanja lebih dari RM300 juta ringgit dengan tanpa bantuan sedangkan pendapatan negeri setahun hanya berjumlah tidak pernah melebihi RM600 Juta  ?


Kerajaan Pas Kedah didakwa berbohong apabila menyatakan Kerajaan Pusat tidak pernah menyumbang terhadap pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, dekat Balingi yang dirasmikan Selasa lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (gambar) berkata, kenyataan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu bertujuan mengaburi kelemahan pentadbiran mereka di mata rakyat.

Beliau berkata, hakikatnya kampus induk kolej itu tidak akan dapat dibina jika Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC) tidak memberikan sokongan modal menerusi kelulusan pinjaman.

Bahkan katanya, sumber kewangan Kuin antaranya turut bergantung kepada pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang juga diwujudkan Kerajaan Pusat.

"Itu satu pembohongan secara terang-terangan dan sengaja menyeleweng fakta sedangkan hakikatnya Kerajaan Pusat telah banyak membantu membangunkan Kuin sejak awal penubuhannya sehingga sekarang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada majlis perasmian kampus induk Kuin di Kuala Ketil Selasa lalu, Azizan dilaporkan berkata pembinaan kampus berkenaan disiapkan tanpa sebarang bantuan Kerajaan Pusat.

Azizan turut mengulangi kenyataannya itu ketika berceramah di Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena, dekat sini malam tadi.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan Pas Kedah tidak seharusnya menafikan sumbangan Kerajaan Pusat sehingga terbinanya kampus induk Kuin berkenaan.

Berikutan itu, katanya, Azizan didesak supaya menarik kenyataan yang dikeluarkannya itu bagi memastikan rakyat tidak terkeliru dengannya. - Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog