pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, February 5, 2013

Hot !!! Pakatan haram Bawa Dr PORN Untuk Rosakan Imej @PDRMsia



Dah lama tak dengar cerita pasal Dr Porn yang pernah datang ke Malaysia, bila dijemput menjalankan siasatan pada mayat Teoh Beng Hock, oleh pihak pembangkang. Kali ni Dr Porn datang lagi ke Malaysia untuk menyiasat mayat C Sugumar.

Keluarga kepada C Sugumar, pengawal keselamatan yang ditemui mati pada 23 Januari lalu, memohon khidmat ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand untuk menjalankan bedah siasat kedua di Hospital Serdang.

Peguam N Surendran berkata mereka telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Raza, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ketua setiausaha kementerian tersebut untuk mengeluarkan arahan.

Surendran berkata keluarga berkenaan berhak menjalankan bedah siasat kedua secara bebas untuk menentukan sebab sebenar kematian Sugumar dan mahu ia dijalankan oleh Pornthip.

“(Pornthip) menunjukkan bahawa beliau sedia untuk menjalankan pemeriksaan bedah siasat kedua," katanya dalam satu kenyataan.

Pornthip merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik Teoh Beng Hock yang meninggal dunia selepas terjatuh daripada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam.

Ternyata, isu kematian ini cuba dipolitikan oleh pihak Pakatan. C Sugumar dilaporankan mati disebabkan sakit jantung. Namun ada pihak yang salahkan polis atau kematian mendiang.

Makin pelik hidup di Malaysia ni. Penjenayah langsung tak boleh disentuh. Penjenayah dijaga dan dibela bagai nak rak. Bila terjadi sesuatu kes, polis disalahkan. Sedangkan bila ada jenayah, puak-puak ni telefon polis untuk meminta bantuan.

Untuk kuasa dan kepopulariti politik, biar jenayah, asal menang. Tarnish imej polis untuk salahkan kerajaan. Buat la selalu, insyallah negara kita huru hara dan kucar kacir!!

Sumber :- Kedah Ke Kl



Pisau Kedah :-

Pakatan Haram memang suka buak kerja bodoh ni demi keuntungan politik. Puak Pakatan Haram cuba buat propaganda mahu merosakan imej Kerajaan Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

Teringat Rahim Noor yang kasi penumbuk kat Anuar dulu. Rahim Noor masa tu adalah kawan rapat Anuar tapi kononnya sudah berubah dan mata lebam yang dia hadiahkan kat Anuar telah beri kelebihan dan keuntungan besar pada Anuar dan keluarga.

Kes ini pun mungkin sama aje, ada anggota polis yang tak suka kerajaan dan sengaja lakukan perkara itu untuk benci kerajaan, untuk naikkan kemarahan rakyat pada PDRM.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog