pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, February 2, 2013

Tu Dia !!! Mukhriz Buat Puak PAS Kedah Sakit Hati #SaveKedah



ALOR SETAR - Kira-Kira 70 peratus kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus untuk Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah siap.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Jawatankuasa Manifesto BN Kedah mahu menunggu dan melihat dahulu manifesto BN di peringkat kebangsaan sebelum menyiapkan sepenuhnya manifesto itu menjelang PRU-13.

Mukhriz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN Kedah, berkata dalam manifesto khusus untuk Kedah, BN Kedah mahu mendapatkan projek yang sama seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kelantan baru-baru ini.

Beliau berkata dalam manifesto khusus itu, BN Kedah akan menyediakan sebuah litar lumba kepada golongan belia seperti yang diumum semalam selepas kerajaan negeri ketika ini, yang dikuasai PAS, gagal mengotakan janji pada kempen PRU 2008 bahawa mereka akan membina litar tersebut jika menang di Kedah.

"Kebanyakan golongan muda tertarik dengan janji pakatan parti pembangkang sebelum ini, dan mereka memberi undi kemenangan kepada parti tersebut dan akhirnya, janji tersebut tidak dikotakan," katanya kepada pemberita ketika melawat BN Youth Job Fair 2013 sempena Himpunan Orang Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim hari ini.

Semalam, ketika merasmikan Himpunan Orang Muda Kedah itu, Perdana Menteri berkata pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto PRU-13 khusus untuk negeri ini.




Selain itu, Najib berkata turut akan dimasukkan dalam manifesto khusus itu ialah kerajaan akan menanggung sebanyak RM100 bagi setiap kursus praperkahwinan bagi golongan muda.

Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata golongan muda kecewa apabila litar lumba itu tidak dibina seperti yang dijanjikan, dan mesej tersebut telah disampaikan kepada Perdana Menteri, yang akhirnya mengumumkan akan membina litar lumba itu semalam.

"Perdana Menteri kata tak berapa susah nak buat litar itu, dan akan buat jika dapat tawan kembali negeri ini. Tujuannya untuk hindari anak muda dari gejala rempit dan tidak sihat," katanya.

Mengulas bantuan RM100 kepada golongan muda bagi setiap kursus praperkahwinan, Mukhriz berkata idea itu adalah bagi meringankan beban golongan muda yang ingin berkahwin.

Mukhriz juga berkata perkara lain yang akan dimasuk dalam manifesto untuk membantu golongan muda ialah menyediakan satu dana khusus untuk mereka menjadi usahawan.

"Ini yang kita fikirkan, dan saya yakin ia sesuatu yang boleh diusahakan oleh BN negeri dan pusat menjelang PRU ke-13 nanti," katanya.

BN Youth Job Fair, yang bermula semalam, melibatkan 82 syarikat menawarkan lebih 4,500 pekerjaan merupakan antara program sempena Himpunan Orang Muda.

Sementara itu, Pengerusi Pemuda BN Kedah Badrol Hisham Hashim berkata karnival kerjaya yang dianjurkan pihaknya mendapat sambutan menggalakkan dan lebih 20,000 golongan muda hadir untuk mencari peluang pekerjaan.



Beliau berkata ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan itu mendapat pekerjaan di syarikat dan agensi yang mengambil bahagian serta benar-benar memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog