pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, February 3, 2013

Panas !!! Hadi Awang Kini Dah Di Jadikan Kambing Hitam Dalam Pakatan Haram



"Di telan mati ibu di luah mati bapa" . Itu la situasi yang terpaksa di hadapi Hadi Awang di dalam mengharungi permasalahan berbangkit berkenaan isu kalimah Allah yang di tuntut Lim Guan Eng pada sambutan hari Natal yang lalu.

Isu kalimah Allah berkenaan bagaikan barah yang sedang menyerang Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang kini di lihat lebih mengutamakan keuntungan politik.

Lim Guan Eng, individu yang telah mencetuskan permasalahan ini, kini di lihat Hadi Awang yang terpaksa menjadi kambing hitam di kritik pelbagai pihak dari luar dan termasuk pihak yang berada dalam PAS sendiri.
Antarapos - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal menyatakan pendirian sama ada mahu membincangkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS bersabit penggunaan kalimah Allah di peringkat Pakatan Rakyat.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempelawa Hadi mengemukakan pendirian Majlis Syura yang menyatakan kalimah Allah eksklusif untuk orang Islam untuk dibincangkan di peringkat pusat.
Majlis Syura PAS membuat ketetapan itu seminggu selepas kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh orang Kristian yang diumumkan sendiri oleh Hadi mewakili pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.
Namun Hadi hari ini menuding jari kepada pihak lain termasuk media mendakwa isu tersebut dimanipulasi sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat.
“Ini kerja Umno. Mengaku Islam… bawa isu kalimah Allah musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah Allah.
“Allah tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama Allah digunakan bukan Islam di tempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.
“Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Perkataan Allah tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) Allah dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan,” katanya pada sidang media ibu negara, hari ini.
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh pada semalam dipetik sebagai berkata, isu kalimah Allah belum selesai dan PAS sepatutnya mepertimbangkan keputusan Pakatan Rakyat, bukan pandangan Majlis Syura.
Beliau kesal dengan pandangan PAS yang tidak selari dengan Pakatan Rakyat.
“Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.
“Kita masih meminta Majlis Syura PAS untuk mempertimbangkan supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam,” katanya.
Isu penggunaan kalimah Allah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan supaya membenarkan kalimah Allah diterjemah dalam kitab Bible di Semenanjung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog