pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, February 5, 2013

Wajip Baca !!! Ustaz Nasha Mengupas Isu Kemelut Dalaman PAS



Petang tadi pada pukul 3.00 petang telah berlangsung secara lintas langsung ( Chat ) bersama Ustaz Nasharudin Mat Isa yang di bawa khas oleh Berita harian Online untuk mengupas kemelut dalaman PAS.


Ternyata ianya mendapat sambutan yang begitu mengalakan bagi rakyat Malaysia yang mahu kepastian tentang permasalahan PAS kini di lihat sudah terpeson dari perjuangan asal.

Di bawah ini merupakan soal jawap di antara Ustaz Nasha bersama individu-individu yang mahukan kepastian dari Ustaz Nasha




Comment From bachok :-

pada pandangan ustaz, apakah DAP benar2 ikhlas kerjasama dengan PAS?


Ustaz Nasha :-

Untuk Bachok: Tahaluf siyasi yang disepakati oleh PAS pada peringkat awal tertubuhnya Pakatan Pembangkang bersetuju untuk menghormati dasar masing-masing parti.

Tetapi kelihatan mutakhir ini dasar hormat menghormati ini sudah tercabar dengan DAP secara khususnya secara terang-terang mencabar beberapa asas dan dasar perjuangan PAS dan bagi saya, ini adalah satu sikap yang tidak menghormati semangat kesepakatan itu yang sekali gus menandakan mereka tidak ikhlas dalam bertahaluf dengan PAS.



Comment From Pas:-

Ustaz pernah sebut PAS keluar dari landasan perjuangan. Apa faktor yang menyebabkan PAS berubah? Ada unsur campurtangan luar?

Ustaz Nasha :-

Untuk PAS: Mungkin ini berlaku kerana tuntutan politik semasa yang kelihatan begitu mendesak bagi PAS meraikan tuntutan-tuntutan terbabit akibatnya kelihatan beberapa pendirian dan dasar PAS terpaksa diolah mengikut kehendak-kehendak itu yang mengakibatkan persepsi yang timbul adalah PAS lari dari landasan perjuangannya.



Comment From R.Veera, Sungai Petani, K :-

Mengapa setelah YB kalah jawatan Timbalan Presiden dlm parti PAS, baru mula menyertai Presiden UMNO ke luar negara dan bukan semasa memegang jawatan di dalam PAS??

Ustaz Nasha :-

Untuk R Veera: Saya telah turut serta dalam banyak rombongan rasmi sebagai Ahli Parlimen mewakili negara ke beberapa persidangan dan program di luar negara.
Saya pernah keluar negara dengan menteri, dengan Speaker Parlimen dengan ahlli-ahli Parlimen dan secara kebetulan mutakhir ini dengan YAB Perdana Menteri.



Comment From Din Minyak Melaka :-

Pada pandangan Ustaz, sanggupkan PAS keluar dari Pakatan sekiranya DAp terus menerus menyerang Islam dan institusi Islam?

Ustaz Nasha :-

Din Minyak: Saya hanyalah ahli biasa. Ini tugas pimpinan tertinggi parti untuk menentukan. Namun demikian, sudah ada banyak suara yang merasakan PAS akan lebih terserlah ketika bersendirian.



Comment From YB :-

As' salam..... adakah YB akan terus menyokong PAS?

Ustaz Nasha :-

Untuk YB: Saya masih ahli PAS, saya dididik oleh PAS, saya berjuang dengan PAS dan akan insyallah bersama dengan PAS sekiranya saya tidak dipecat



Comment From ingintahu :-

Ustaz menyatakan masih kekal sebagai ahli PAS, bagaimanakah ustaz dapat memainkan peranan hanya sekadar ahli PAS?

Ustaz Nasha :-

Untuk ingintahu: Saya rasa saya ada peranan dengan sedikit kemampuan yang ada pada saya. Jaringan orang yang saya kenali juga pada tanggapan saya agak luas dan ini semua akan saya gembelengkan ke arah itu.



Comment From Zool :-

siapa layak mengantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan sebagai Menteri Besar??

Ustaz Nasha :-

Untuk Zool: Ini sudah tentu parti yang akan menentukan yang pasti juga akan mengambil kira citarasa masyarakat setempat dan juga kepentingan politik PAS secara umumnya. Ramai rasanya calon yang layak.



Comment From Guest :-

pada pendapat ustaz, apakah yang dimahukan oleh pemimpin-peminpin DAP dengan memainkan isu kalimah Allah yang pada mereka adakah baik?

Ustaz Nasha :-

Untuk Guest: Pada pandangan saya yang mereka mahukan sekadar meraih undi daripada rakan-rakan kita yang beragama Kristian. Karpal Singh yang kuat bersuara pun pada hemat saya bukan beragama Kristian.Jadi apa perlunya Karpal Singh bersuara dalam isu ini sedangkan dia sendiri tidak beriman dengan Kristian.





Comment From All For The Road :-

Salam hormat, YB Nash. Apakah pandangan YB tentang pilihanraya ke-13 yang akan datang ini? Rasa bilakah pilihanraya ini akan diadakan? Perbubaran Parlimen selepas "Chap Goh Meh"?

Ustaz Nasha :-


All For The Road : Saya jangka kalau mengikut kepada kenaytaan terkini daripada Perdana Menteri sebentar tadi pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat dan saya ungkap kenyataan beliau "It is a matter of days not months"







Comment From All For The Road :-

YB, ramai menganggap Nash akan menyertai UMNO tidak berapa lama lagi. Adakah ini benar ?

Ustaz Nasha :-


All For The Road : Adakah saudara punya bukti terhadap tuduhan tersebut lebih baik jangan berburuk sangka dan sudah dua atau tiga kali sebenarnya saya menafikan bahawa saya akan masuk UMNO.





Comment From FJ:-

Apakah komen Ustaz terhadap tuduhan Majlis Syura yang menggugurkan Ustaz tempoh hari?

Ustaz Nasha :-

Untuk FJ: Sehingga ke saat ini saya masih belum menerima sebarang hitam putih mengenai pemecatan tersebut.




Comment From mahu tahu :-

Datuk Nik Aziz sahkan YB tak bertanding di Kelantan. Ada tawaran dari negeri lain?

Ustaz Nasha :-

Untuk Tahu: Belum




Comment From pasasli :-

Dalam media mass, dilaporjkan TG Nik Aziz semacam tidak suka kepada YB, seolah-olah berdendam dan marah benar. Sebenarnya hubungan YB dengan Nik Aziz  dulu dan kini ..

Ustaz Nasha :-

Pasasli: Memang ada timbul tanda tanya pada diri tentang sikap yang beliau ambil terhadap saya khasnya sejak daripada isu kerajaan perpaduan yang timbul satu ketika dulu, sehinggalah hari ini.Saya tidak tahu apa puncanya, namun saya masih menghormati beliau sebagai pimpinan tertinggi parti.




Comment From Anas :-

Salam Sheikh. Sebagai parti kedua terbesar dari segi bilangan ahli, kenapa PAS dilihat paling kecil dalam pakatan ? adakah perlu penggantian majlis tertinggi oleh orang muda yang lebih agresif dan penyatuan dengan parti melayu terbesarsupaya syiar islam dan kepentingan ummah di Malaysia lebih disegani dan tidak dipersoalkan ?

Ustaz Nasha :-

Anas: Saya merasakan ada perlunya kepimpinan PAS itu diremajakan sambil kita menghormati mereka yang telah berusia, namun dalam cabaran semasa memerlukan satu kumpulan tenaga yang lebih dinamik.




Comment From Rakyat Malaysia  

Kenapa tak datang mesyuarat PAS ???

Ustaz Nasha :-

Rakyat Malaysia: Saya telah menolak semua tawaran jawatan di dalam AJK PAS Pusatselepas muktamar dahulu jadi tidak perlulah saya datang mensyuarat




Comment From pejuang JT :-

Jika PR Menang pru13 ni adakah hukum hudud akan dilaksanakan?

Ustaz Nasha :-

Pejuang: Kena tanya pimpinan Pakatan Rakyat




Comment From Papagege:-

PAS sebenarnya boleh berdiri di atas kakinya sendiri. Bukannya jd keladi tunggangan DAP maupun PKR. Tp itulah realiti yg berlaku

Ustaz Nasha :-

Pagepage: Saya sudah jelaskan pendirian saya awal-awal tadi.




Comment From Bekmeng :-

Assalamualaikum Tuan. adakah Tuan akan mengikut jejak Tuan Hassan Ali?

Ustaz Nasha:-

Bekmeng: Saya Nasharudin Mat Isa, bukan Hassan Ali.




Comment From Syah :-

Salam..mengapa hanya ustaz menjadi sasaran dan tidak kepada AJK pas pusat yang lain?

Ustaz Nasha:-

Syah: Mungkin sebab saya yang banyak bersuara dan niat saya adalah untuk bermuhasabah.




Comment From Nahar:-

Ustaz rasa Pas berani ke nak pecat ustaz dari ahli?

Ustaz Nasha :-

Nahar: Tak pasti.




Comment From PAS baru :-

kenapa di dalam PAS ada kepuak-puakan?

Ustaz Nasha:-

PAS baru: Dalam PAS ada macam-macam latar belakang, dan sudah tentulah bukan mudah untuk menguruskan perbezaan pandangan tersebut.




Comment From Fauzi:-

YB Ustaz,,sekiranya Pas memecat ustaz...adakah ustaz akan menerima pelawaan Umno untuk menjadi calon pada PRU 13 nanti...komen ustaz

Ustaz Nasha :-

Fauzi: Saya tidak pernah dan belum pernah terima sebarang pelawaan daripada UMNO untuk menjadi calon pada PRU Ke-13.



Comment From Acid :-
Adakah ustaz seorang special branch atau intel?

Ustaz Nasha :-

Acid agak-agak macam mana?



Comment From kash :-

apakah pandangan ustaz sendiri mengenai anwar ibrahim dan perjuangan yang dibawa oleh beliau?

Ustaz Nasha :-

Kash: Timbul beberapa isu berkaitan DSAI yang menimbulkan keraguan. Saya berpandangan sebagai ahli PAS, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya sebagai calon terbaik untuk memimpin.



Comment From Aris YN:- 
 
Adakah Ust merasakan PAS sudah bersedia 'diremajakan.?

Ustaz Nasha :-

 
Aris: Saya rasa mungkin boleh Insyallah.



Comment From mujahid:- 

apa pula komen ust tentang prsetujuan tahalluf brsm majma' ulama' pd 90an?

Ustaz Nasha :-

Mujahid: Saya terlibat dalam pengurusan Tahaluf tersebut, yang diadakan di Leicester, UK dan saya tahu syarat-syarat yang telah disebut dalam persetujuan itu.



Comment From Feeza:-

Masih adakah peluang untuk membersihkan parasit di dalam PAS?

Ustaz Nasha :-

Feeza: Insyallah.



Comment From Abu Aisyah:- 

Apa manhaj ustaz?

Ustaz Nasha :-

Abu Aisyah: Manhaj saya adalah definasi politik yang dibuat oleh Ibnu Aqil al siyasatu filun makana yakunu alnas aqrab ila solah.



Comment From jeng kleng:-
 
ape perasaan ustz bile dipecat dr mjlis syura ulama?

Ustaz Nasha :-

Jeng: Saya masuk PAS bukan kerana jawatan. 



Comment From Siti :-

Pas dan DAP terus bertikam lidah mengenai isu kalimah Allah. Pandangan Ustaz bagaimana? 


Ustaz Nasha :-

Siti: Isu kalimah ini harus dipertahankan daripada digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat Islam dan bagi saya ianya adalah isu akidah yang menjadi tanggungjawab kita semua.


Saya ucapkan terima kasih pada semua yang mengambl bahagian dalam chat ini. Paling tidak saya dapat berinteraksi sendiri dengan sahabat sahabat sekelian. harapan saya adalah walaupun kita berbeza pandangan atau parti politik yang penting adalah untuk memajukan agama dan negara.Islam harus diangkat tinggi.Kepada rakan rakan bukan Islam, saudara saudara adalah rakan saya seinsan. Kita semua punya tanggungjawab untuk negara ini.Maaf tak dapat jawab semua soalan. insyaallah kita jumpa di lain kali.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog