pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, February 8, 2013

14 Mati Gajah Di Racun : Syarikat Balak Tempat Gajah Di Racun Di Kenal Pasti




KOTA KINABALU - Polis Sabah telah mengenal pasti syarikat pembalakan yang menjalankan kerja di lokasi kejadian kematian 14 ekor gajah Pygmy Borneo secara misteri di Hutan Simpan Rara, kira-kira 139km dari Tawau baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan polis mendapati terdapat syarikat pembalakan di lokasi terbabit yang mempunyai pekerja dianggarkan 300 orang.

“Jabatan Siasatan Jenayah dalam proses melengkapkan siasatan…kita tahu syarikat-syarikat yang bekerja di situ,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

Hamza berkata polis juga akan mengambil keterangan penduduk setempat di situ selain menganalisis kandungan air yang terdapat di sungai berhampiran.

Pada 1 Feb lepas, polis membuka kertas siasatan kes kematian gajah itu mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.

Hamza berkata polis juga tidak menolak kemungkinan gajah berkenaan diracun kerana keadaan perut pecah, bagaimanapun punca sebenar akan diketahui selepas menerima laporan Jabatan Kimia.

Katanya setakat ini tiada pihak tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan kes itu walaupun ganjaran sehingga RM50,000 ditawarkan.

Semalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata siasatan mengenai kematian gajah itu diperhebat dan ganjaran tambahan sebanyak RM40,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab bagi kematian haiwan itu.

Sebelum ini, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat.

Masidi juga berkata laporan kimia itu dijangka dikeluarkan Jumaat ini. – Bernama






1 comment:

Anonymous said...

Cari mereka yg bertanggungjawab sampai ke lubang cacing...mohon kerajaan Malaysia hentikan semua projek balak..human simpan atau hutan tak disimpan...zaman tebang hutan utk pertanian dah berlalu...Sekarang ni zaman kita memelihara bumi Dan hutan utk generasi akan datang...negara Malaysia dah kaya Dan Ada byk sumber lain utk dimajukan,terutama pelancongan. Lepas BN menang majoriti pru13 ni..to long bawa usul ini ke parlimen...hentikan penebangan hutan seluruh Malaysia,Sabah Dan serawak. OMAR,France

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog