pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, February 14, 2013

Hot !!! Pendedahan Bukti Adun PAS Kedah Menghina Menteri Besar Kedah



Semakin hari semakin panas isu kontroversi Adun PAS, Nasir Mustafa menghina Azizan Razak di dalam saluran keyrod@kubangrotan hanya di sebabkan ketidak puasan hatinya dengan tindakan Azizan Razak menghadirkan diri ke program anjuran Kerajaan Pusat, My Beautyful Malaysia

Sebelum ini di sebabkan pendedahan rakaman Audio tersebut, blogger upahan PAS Kedah telah memfitnah cybertrooper pro BN dengan mengatakan rakaman audio berkenaan di cipta cybertrooper pro BN ( klik sini ). Namun terkantoi setelah Nasir Mustafa mengakui di dalam akhbar tempatan bahawa saluran berkenaan merupakan saluran kepunyaanya. 
Di sebalik pengakuan Nasir Mustafa bahawa saluran keyrod@kubangrotan miliknya, Nasir Mustafa telah menafikan rakaman suara yang mengkritik Azizan Razak seperti mana yang di dedahkan dan ingin mengambil tindakan menyaman blogger dari Team Media Kedah.

Sehubungan dengan itu, Team Media Kedah yang di ketuai blogger Kedah Ke KL ( McTheory ) telah mendedahkan satu persatu bukti yang menunjukan Nasir Mustafa terlibat di dalam menghina Azizan Razak.



Mc ada terbaca kenyataan Nasir Mustafa dalam Sinar Harian hari ni. Nasir ni, untuk pengetahuan pembaca, dia Adun Pas yang pemalas nak mampuih. Adun Pas Kubang Rotan yang sangat benci pada Azizan, malah Adun Pas ni yang saman penyokong Pas sendiri disebabkan salah faham mengenai jalan kampung.

Baru-baru ni Mc ada buat pendedahan mengenai rakaman audio si Nasir ni kutuk MB Kedah Azizan Razak, malah Nasir dan gengnya berjanji untuk gulingkan Azizan di Sungai Limau. Tapi pagi tadi si Nasir ni menafikan dan katakan rakaman audio yang dikatakan suaranya tu fitnah!

Nak dengar rakaman audio dari yang pernah Mc dedahkan, boleh dengar kat SINI

Nasir juga kata keyrod@Kubangrotan tu miliknya, malah dalam tu ada lebih 100 orang ahli. Disini Mc nak terangkan, program 'Zello' keyrod@kubangrotan yang Nasir kata tu, sebenarnya hanya ada 12 orang saja. 12 orang dalam tu, semua geng Nasir, hari-hari kutuk MB Kedah saja kerja depa.

Mc pun ada dalam tu, tapi Mc diam dan dengar apa yang puak Pas dok sembang. Nasir tak mengaku, malah menipu. Kat bawah ni Mc nak bagi senarai ahli Pas Kubang Rotan yang duduk bersembang dalam channel Keyrod@kubangRotan tu.
 

Ini senarai dalam Zello tu..

'Not in the contacts' bermaksud, nama dalam senarai diatas tu takdak dalam list contact hp Mc.
Tengok hanya ada 13 orang ahli, termasuk Mc..
List kat atas tu, list mereka yang aktif berbual dalam Zello. Nasir kata dia jarang berbual, tapi sebenarnya dia diantara yang aktif dan JAYAMNMS tu adalah 'NICKNAME' Nasir dalam Zello dan juga emailnya.

Tak percaya? Nak Mc buktikan? Tengok kat bawah lagi,
 


Setelah carian google dibuat, pada JAYAMNMS, muncul blog Nasir dan user profile Nasir. Bila Mc KLIK pada FLICKR JAYAMNMS, terus naik gambar kat bawah ni.

Gambar Nasir bersama peminatnya. Jadi siapa punya JAYAMNMS ini? Rasanya pembaca sendiri pun tahu "nickname" JAYAMNMS tu sapa punya kann.

Lagi satu, kalau Nasir kata dia tak kenai 12 orang dalam list tu. Nampak sangat dia sedang berbohong, seperti mana yang dia selalu buat. 12 orang dalam Keyrod@KubangRotan tu semua ahli Pas yang Nasir kenal, malah Mc boleh dedahkan gambar mereka satu persatu!

Ohh.. lupa pulak, untuk pengetahuan pembaca semua, selepas pendedahan audio Nasir kutuk Azizan, channel keyrod@kubangrotan telah diletakan password.

Kemudian, geng Nasir buat satu lagi channel untuk depa, iaitu keyrodcrew@KubangRotan. Channel baru ni orang luar tak boleh masuk dan keyrod@kubangrotan yang diletak password tadi tu telah dibuang passwordnya.

Maknanya sekarang, sesiapa pun boleh masuk ke channel keyrod@kubangrotan, sebab Nasir dan gengnya sudah ada channel baru untuk kutuk Azizan dan Kerajaan negeri Kedah. Kalau benar Nasir dan gengnya telus, kenapa perlu buat channel lagi satu? he he..

Pada Nasir, kalau berani SILA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG!! Kalau benarlah Mc dan rakan-rakan sudah memfitnahnya! Sebab Mc dan sahabat ada banyak bukti, dan boleh membuktikan itu Nasir Mustafa.

Kalau hang salah SAMAN! Nescaya sudah tentu, SAMAN BALAS akan dibuat! Kita boleh gunakan graf nada suara dan pengecaman suara untuk buktikan suara Nasir dalam rakaman tersebut. Ada berani?


P/s: Ada sahabat cadangkan, suruh Nasir sumpah laknat! Tapi bagi Mc, sumpah laknat tak berkesan bagi puak SYIAH ni..
Kedah Ke KL 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog