pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, February 4, 2013

Hot !!! Hadi Awang Kantoi Menipu Setelah Nik Aziz Bersuara



Dalam Presiden PAS, Hadi Awang menyalahkan UMNO dalam isu Kalimah Allah yang di tuntut Lim Guan Eng, hari ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menghantam sahabat baiknya, Pengerusi DAP, Karpal Singh di sebabkan permasalahan berbangkit isu tuntutan penggunaan Kalimah Allah yang di persetujui Hadi Awang sebelum ini.

Nampak gayanya Hadi Awang kali ini sudah terang kantoi menipu dalam isu Kalimah Allah kerana sebelum ini Hadi Awang pernah membawa keluar kenyataan bahawa Karpal Singh sudah dapat menerima keputusan yang telah di buat Majlis Syura Ulama PAS berkenaan Kalimah Allah setelah Nik Aziz membuat kunjungan hormat berjumpa Karpal Singh.


pix_gal0
Menteri Besar Kelantan ingatkan Pengerusi DAP jangan campur urusan PAS

Kota Bharu: Pengerusi DAP, Karpal Singh, diingatkan supaya tidak campur tangan urusan dalaman dan keputusan yang dibuat pucuk pimpinan PAS.

Amaran itu diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, berikutan bantahan Karpal berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang diputuskan oleh Majlis Syura PAS, baru-baru ini. 

Tak perlu 'jadi pandai' 

Menteri Besar Kelantan itu berkata, DAP tidak perlu ‘jadi pandai’ kerana ahli PAS sahaja yang tahu keadaan sebenar, bukan parti lain.

Sehubungan itu, beliau menegaskan PAS tetap dengan pendirian tidak menarik balik keputusan Majlis Syura walaupun diasak oleh DAP.

“Keputusan itu tiada kaitan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana beliau bukannya orang PAS. Keputusan mengenai isu itu dibuat Majlis Syura PAS dan kami tetap dengan keputusan itu. Dalam isu ini, tiada sesiapa yang tahu mengenai PAS melainkan ahli parti itu sendiri.

“Begitu juga dengan DAP, hanya ahlinya saja yang tahu mengenainya (organisasi dan pentadbiran mereka),” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Pulau Melaka, di sini semalam.

Kenyataan Karpal

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Karpal bahawa kepemimpinan tertinggi DAP tidak pernah bersetuju menerima keputusan Majlis Syura PAS berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Dalam kenyataannya kelmarin, Karpal mendesak PAS menghormati keputusan Mesyuarat Majlis Presiden gabungan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam kerana kepemimpinan tertinggi DAP tidak pernah bersetuju menerima keputusan Majlis Syura PAS.

Sambil menyifatkan ia sebagai mustahil, Karpal terus mendesak PAS menghormati keputusan Mesyuarat Majlis Presiden gabungan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

Karpal juga menafikan Nik Aziz ada membuat penjelasan mengenai isu itu dalam pertemuan ringkas di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Perbalahan PAS-DAP berhubung isu itu timbul selepas Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dilaporkan berkata, PAS tetap dengan pendirian tidak menarik balik keputusan Majlis Syura.

Hadi baru-baru ini berkata, keputusan Majlis Syura sudah diterima baik oleh Karpal selepas mendapat penjelasan daripada Nik Aziz dalam pertemuan mereka sebelum ini.

2 comments:

Anonymous said...

Dengan perkataan lain.., inilah yang dikatakan;

Ugama suku, politik suku..!!

Hah... Dah terkena batang hidung kamu sendiri, PAS...!

Anonymous said...

HEBAT HJ.HEADINGGGGG1apa jua yang salah dibuat sendiri,tuduhUMNOOO,bersilat le wahai UlamakkkkJINKOMPOT atas dunia ni,Kita sama2 dihisab ALLAH diakhirat nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog