pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, February 8, 2013

Tu Dia !!! Mazlan Aliman Nak Serang FELDA Guna Cara Teknik Komunis #FGVH


Satu lagi pembohongan Mazlan Aliman yang kantoikan dirinya adalah apabila dia membuat laporan SPRM terhadap Pinjaman Felda RM6 bilion daripada KWSP. Kononnya Felda telah kehilangan RM500 juta dan FGV (Felda Global Venture) tidak mendapat apa-apa keuntungan tetapi telah diberikan pinjaman sebanyak RM6 Billion oleh KWSP untuk menerokai pasaran antarabangsa.

Sigh~ Inilah yang jadinya kalau orang yang tak tahu apa-apa tapi nak jadi hero dengan buat cerita. Sudah terang lagi bersuluh, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan bahawa RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pembelian kilang gula milik Robert Kuok, yang diapungkan di Bursa Malaysia. RM2 bilion lagi telah dibelanjakan untuk program penanaman semula kelapa sawit. Tanah peneroka tidak dijadikan cagaran. Sekali lagi diulang, Tanah peneroka tidak dijadikan cagaran.
Maka kat mana masalah timbul? Pejuang peneroka atau penipu peneroka? Sebenarnya Felda mempunyai RM20 bilion dalam aset dan RM10 bilion dalam bentuk tunai dan saham yang boleh ganti, jadi pinjaman KWSP tidak memerlukan cagaran. Ertinya mereka membuat pinjaman untuk jana duit lagi.

Felda melabur di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dalam sektor minyak sayur-sayuran dan bijirin berasaskan minyak oleokimia. Oleokimia boleh menghasilkan produk kosmetik yang bermutu. Kiranya semua ini untuk jana pendapatan Felda dan Peneroka yang merupakan pembekal tunggal kepada Felda.

Ada masalah? Kerja kalau asyik nak dengar fitnah yang tak menguntungkan peneroka tak guna juga. Sebenarnya ramai tanya mengapa Mazlan pergi ke merata tempat untuk cerita bohong contoh macam kes pinjaman KWSP tu dan diulang banyak kali dengan skrip yang sama.

Ini sebenarnya adalah taktik komunis yang diajar untuk terus menipu sehingga orang Felda percaya bait-bait fitnahnya. Erti kata lain, Mazlan Aliman seperti diajar oleh 'kumpulan tertentu' yang berfahaman komunis untuk memburukkan Felda dan Kerajaan Malaysia.

Jadi nak percaya komunis?

Sumber :- Keris 7 Lok

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog