pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, October 31, 2011

TERKINI!! DEMONTRASI BANTAH PEMBALAKKAN TERLAMPAU DI KEDAH!!

syarikat yang diberi tender..

Signboard hutan simpan kekal

balak yang dikumpul

rakyat datang membuat bantahan

semakin ramai..
demo penduduk kampung..tak puas hati..

wartawan temubual Abdullah b. Shari

Wartawan media perdana pun ada..

Ni Ketua Pemuda UMNO Kedah..


Hari ini 31 oktober 2011 HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh regim Pas Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu.

Tindakan kerajaan negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit.

Menurut Abdullah b. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bg Jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,kerajaan pas Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk2 di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yg menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah,kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk2 kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak.

Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi,apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk2 kampung,Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi,kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan.

Rata-rata penduduk yang ditemui,melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji Pas sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini,kerajaan pas dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan Pas kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal.

Berbeza dengan polisi kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI),pelancongan dan lain-lain lagi. Pentadbiran pas dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri.

Terbukti pas Kedah GAGAL mentadbir negeri Kedah dengan berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan,yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regim pas Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan,hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan Pas Kedah pada PRU13 nanti kerana Pas Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Peace daripada kezaliman regim Pas Kedah.

JOM KALEH KEDAH!!!


Gambar dan Artikel : Aktivis UMNO Pekan Naka


McTheory:
Patutla pendapatan balak banyak, puak ni dok sapu licin semua pokok muda.. mampuih la.. 

PANAS!! Rakyat Kedah Mengamuk di Padang Terap!!





Kisah dan gambar ni di ambil dari satu blog baru Info 4 The Truth

Perhimpunan aman NGO GAGAH (Gabungan Generasi Hilang Tanah) di hadapan kilang Gula Padang Terap (GPT) bagi menuntut janji-janji Kerajaan Negeri PAS Kedah yang berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka. Semasa kempen PRU-12 dahulu, PAS Padang Terap dan YB Nasir Zakaria telah berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika PAS menjadi Kerajaan Negeri.

Walaupun masalah tanah penduduk Padang Sanai sebenarnya sudah lama sejak zaman Barisan Nasional memerintah lagi selepas Kerajaan Negeri mewujudkan ladang tebu yang antara tujuannya adalah utk mengekang ancaman Komunis dahulu. 

KASI PANAS!! Azraai Khor Jurulatih Mangsa Politik Pas Kedah!!

baju yang sama, lambang berbeza!!

Bangga melihat bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah yang berjaya membawa Kedah mengungguli Piala Malaysia selama dua tahun, kini berjaya menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Negeri Sembilan. Azraai membuktikan bahawa dia diantara jurulatih yang terbaik di Malaysia.

Azraai menjadi jurulatih Negeri Sembilan ketika pasukan Negeri terumbang ambing dan tidak stabil. Hinggalah beliau memulakan langkah satu persatu untuk memantapkan langkah pasukan Negeri hingga berjaya masuk ke pertandingan Piala Malaysia.

Apa yang penting bagi beliau berbekalkan kepercayaan dan sokongan dari pengurusan PBNS, Azraai mengorak langkah memilih pemain dan berjaya memantapkan pasukan Negeri mengikut acuan dan latihan yang beliau mahukan. Itu yang diperlukan oleh seorang jurulatih hebat seperti beliau.

Kenapa beliau mengundurkan diri dari pasukan Kedah?

Sunday, October 30, 2011

Panas Eksklusif!! Surat Sokongan YB Nasir dengan penduduk Padang Terap, janji tinggal janji!!

klik untuk baca

klik untuk baca


Surat ni dibuat semasa mula menang dulu la. Biasa la sebelum menang janji macam2, bila dah menang buat surat sokongan. Namun akhirnya, surat tinggal surat.

Penduduk kampung kena tipu, tanah tak dapat, duit pun takdak, janji tinggal janji. Yang dapat hanya surat sokongan tu pun tak boleh buat apa. Nak bungkuih nasi lemak pun tak lepas. heh..

Pada yang taktau cerita pasal ni boleh baca kat SINI.

Memang ada kesalahan dari kerajaan terdahulu, tapi masalah diselesaikan secara berperingkat. Namun bila Pas membuat janji kepada penduduk, bahawa mereka akan selesaikan masalah ini bila menjadi kerajaan negeri kelak,

Membuatkan penduduk Padang Terap terpedaya dengan janji-janji tersebut. Akhirnya, menang sorak kampung tergadai.

Pendedahan surat ni adalah tindak balas kepada YB Nasir yang menafikan bahawa beliau pernah membuat janji kepada penduduk Padang Terap. Kalau tak berjanji, takkan nak beri sokongan?

Janji tak ditepati, kerajaan negeri dulu juga yang kena!

Munafik namanya kalau tidak tunaikan janji!

Saturday, October 29, 2011

Gelagat Ahli Parlimen Bergaduh pasal Elaun!!


Ni baru hal elaun, belum lagi hal lain. Macam mana la nak bersatu..

Jalan Langgar Di Landa Ribut!!



LANGGAR - “Saya memang panik ketika itu, tambahan pula terpaksa berdepan dengan kesukaran sewaktu menyelamatkan anak dan isteri apabila pintu hadapan tidak boleh dibuka kerana dihalang oleh kayu di luar rumah,” luah Shahabudin Jaafar, 41, mangsa kejadian ribut yang melanda Batu Tiga, Jalan Langgar kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang ini, sebanyak 10 rumah dan dua kedai termasuk kedai menjual kereta terpakai rosak teruk akibat dilanda ribut.

Shahabudin berkata, kejadian pertama kali berlaku di kawasan rumahnya yang terletak di Lorong Peladang itu menyebabkan dia berasa panik dan hanya memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan nyawa isteri, Siti Aishah Abdullah, 40, dan anaknya, Hurul Ain, 4.

Menurutnya, sewaktu menyedari kejadian itu berlaku, dia segera melaungkan takbir beberapa kali sebelum menyelamatkan Hurul Ain yang ketika itu sedang menonton televisyen.

“Saya segera membawa mereka keluar ikut pintu belakang dan bersyukur kerana sempat menyelamatkan mereka,” katanya.

Shahabudin berkata, dia masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung akibat daripada kejadian ribut yang berlaku.

Bagi pemilik kedai kereta terpakai, Yusniza Ahmad, 38, berkata, sewaktu kejadian ribut berlaku, dia berada di rumahnya yang terletak di Jalan Gangsa kerana kedainya tidak beroperasi sempena perayaan Deepavali.

Katanya, kedainya itu telah beroperasi sejak dua tahun namun ini merupakan kejadian pertama yang berlaku.

“Saya mengetahui kejadian ini setelah dihubungi pemilik kedai perabot yang terletak bersebelahan kedai saya kira-kira jam 4 petang.

“Sebanyak tujuh kereta yang dipamerkan di kedai saya rosak, ada di antara kereta yang remuk namun saya belum pasti berapa jumlah kerugian kesemuanya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Shukri Ibrahim, 51, berkata, angin kuat seolah-olah puting beliung itu mengejutkannya sewaktu dia sedang berada di luar kawasan rumah.

Menurutnya, kejadian yang berlaku begitu pantas menyebabkan bumbung rumah di kawasan itu diterbangkan angin ribut.

“Saya dan anak sempat menyelamatkan diri dengan segera keluar rumah namun saya bersyukur tiada kecederaan teruk berlaku hanya kecederaan ringan sahaja,” katanya.

Kes Curi Kereta di Alor Setar!!



ALOR SETAR - Kegiatan mencuri kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima sebagai sasaran ditumpaskan dengan tertangkapnya tiga suspek di dua lokasi berlainan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan berkata, seorang suspek ditahan ketika sedang memandu kenderaan berkenaan di Kilometer 8.7 Lebuhraya Utara Selatan, Changlun, Kubang Pasu sekitar jam 4.30 pagi pada 14 Oktober lalu.

Menurutnya, penangkapan suspek itu turut mempunyai kaitan dengan kehilangan 11 Estima yang dilaporkan hilang di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta dipercayai sudah dibawa masuk ke Thailand.

“Hasil soal siasat, kita berjaya menemui satu lagi Estima diletakkan di kawasan tempat letak kereta pasar raya Aneka Gurun dan kedua-duanya dilaporkan hilang di Damansara dan Wangsa Maju.

“Polis masih memburu seorang lagi suspek yang terlibat dengan kegiatan ini,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Menurutnya, dua lelaki lain ditahan sekitar jam 1.35 pagi pada 24 Oktober lalu di rumah dan polis merampas dua Estima iaitu di bengkel dan rumah berkenaan yang dilaporkan hilang di Klang, Selangor.

“Kedua-dua suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau serta terlibat dengan kes Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Suspek turut dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengabui mata penguat kuasa,” kata Mohd Adzaman.

Beliau berkata, kes berkenaan diserahkan kepada pihak di Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Friday, October 28, 2011

Fakta tentang LYNAS

Al-Ruwaibidoh adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w. akan kemunculannya menjelang kiamat. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Parasahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi. Demikian juga Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam Fath al-Bari :sanadnya baik. Al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah juga menyatakan ianya sahih

"Sekiranya sesorang yang bercakap bukan dalam bidangnya,maka tunggulah saat kehancuran"


Siapa Fuziah Salleh untuk bercakap dalam bukan bidangnya..dia hanya menggunakan pentas politiknya untuk menabur fitnah,meraih sokongan dan mencari pengaruh politiknya dalam Pakatan Rakyat atau di dalam PKR


Lynas tak sepatutnya di politikan Fuziah.dan Fuziah seringkali memutarbelitkan fakta yang di beri Lynas






Inilah kenyataan dari seorang yang di dalam bidang kepakaranya
Dr Che Rosli Che Mat


"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”
“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.” (Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Selangor)"


Fakta tentang Lynas



:- Maklumat Lynas adalah berdasarkan Fakta Saintifik yang boleh di uji dan di bukti.
:- Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyemak
   laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar
:- Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan
   untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri

Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam,pesekitaran dan perkerja

::- Kilang Lynas BUKAN KILANG NUKLEAR..Ia hanya kilang kimia biasa
:- Mengikut undang-undang pengangkutan antarabangsa,bahan Lynas adalah BUKAN bahan
    radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
    kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
:- Dedahan radiasi kepada orang awam adalah TERAMAT rendah (sila lihat perbandingan di bawah)
:- Perlepasan air dan udara dari kilang Lynas TIDAK ada bahan radioaktif
:- Kilang Lynas berteknoloji tinggi dan MEMATUHI undang-undang antarabangsa dan Malaysia 




Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun hanyalah 0.002mSv


Apakah angka dedahan raduasi yang membahayakan manusia?

Undang-undang Malaysia dan antarabangsa
berhubung had dedahan radiasi kepada manusia

1) Orang Awam - tidak melebihi 1.0 mSv setahun
2) Pekerja sinaran - tidak melebihi 20mSv setahun




 Lynas TIDAK SAMA dengan Asian Rare Earth (ARE),Bukit
Merah :
:- Bahan mentah kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah,iaitu tahi bijih
:- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan BAHAN BUANGAN.
:- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa 
    ARE Bukit Merah
:- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari 
    Lynas
:- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas

Kenapa Lynas memilih GEBENG ????

kenapa tidak Australia ?????
:- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia
:- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat di dapati tidak komersial kerana kos yang tinggi
    dan kekurangan kemudahan asas seperti air,gas asli dan bahan kimia...

Surat kelulusan pembinaan di Australia di keluarkan oleh pihak kerajaan Australia



Kenapa tidak China???
:- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China
:- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk " logam nadir"

Surat kelulusan pembinaan di China di keluarkan oleh pihak kerajaan China



Kenapa tidak di Kemaman Terangganu ????
:- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman
:- Sementara menunggu tanah dari kerajaan negeri Terangganu,MIDA telah mencadangkan 
   Lynas bertukar ke kawasan Perindustrian Gebeng ,Kuantan

Surat kelulusan pembinaan di Terangganu di keluarkan oleh kerajaan Negeri Terangganu


Kenapa Gebeng Pahang??????
:- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng
:- Kemudahan Pelabuhan yang berdekatan 
:- Bekalan gas asli yang sedia ada
:- Bekalan bahan Kimia yang sedia ada 
:- Bekalan air yang mencukupi
:- Wujud tenaga kerja mahir
:- Kos operasi yang kompetitif secara global


Surat kelulusan pembinaan di Pahang di keluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang



Pengurusan Bahan sisa
:- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sanggat rendah dan tidak merbahayakan
   pada orang awam,alam sekitar dan pekerja
:- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah TERAMAT RENDAH (sila rujuk di 
    atas)
:- Walaupun bahan sisa ini tidak merbahaya,pihak berkuasa mewajibkan ia di simpan di tempat khas
   sama sepertu industri-industri kimia yang lain.
:- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif  di dalam sisa
:- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk membuat jalan


Pengurusan Bahan Sisa- Senario Terburuk

Senario terburuk adalah JIKA bahan sisa ini tidak dapat di guna pakai semula
Ianya boleh di tangani dengan salah satu daripada cara berikut
:- Bahan sisa ini akan di cairkan (dilute) dengan bahan lain atau tanah biasa untuk menjadikan bahan
    bukan radioaktif (takrif antarabangsa kurang dari 1 Bq / g adalah bahan bukan radioaktif).Bahan
    campuran ini boleh di gunakan untuk apa-apa aplikasi yang berfaedah

    atau

:- Bahan sisa ini akan di simpan dengan selamat di tempat simpanan sisa kekal yang di rekabentuk 
    mengikut standard antarabangsa setelah mendapat kelulusan AELB dan DOE


Pelepasan Udara 
:- Lynas mempunyai Waste Gas Treatment System yang mempunyai 5 peringkat tapisan untuk
    memastikan pelepasan udara adalah selamat 
:- Tahap radioaktifyang di keluarkan adalah amat rendah sehingga sukar di kesan
:- Bahan-bahan yang di proses di Lynas tidak mengandungi Uranium (Tidak Boleh Di Ukur)
:- Ianya mengandungi Thorium yang mempunyai kadar radioaktif yang amat rendah.
:- Di sebabkan kadar radio aktif Thorium yang amat rendah,maka gas Thoron (yang mempunyai 
   jangka separuh hayat hanya 55.6 saat) yang di hasilkan juga amat rendah
:- Pendedahan radiasi di pinggir pagar kilang Lynas adalah 0.002mSv setahun (berbanding menonton 
   TV selama 4 jam sehari selama setahun yang memberi radiasi 10 kali lebih tinggi)
:- Untuk mengesahkan dan memantau kualiti pelepasan udara .Lynas telah memasang Airborne 
    Monitoring System (AMS) di tapak kilang dan akan memasang satu unit di bandar Kuantan

Pelepasan Air
:- Proses Lynas akan membuatkan Thorium tidak larut dalam air
:- Thorium di dalam bentuk pepejal akan di tapis oleh Filter Press
:- Air yang di asingkan tidak mengandungi Thorium dan Air ini akan di rawat di Waste Water
    Treatment Plant
:- Air yang telah di rawat tidak mengandungi bahan-bahan radioaktif serta memenuhi 32 parameter
    yang di tetapkan oleh DOE sebelum di lepaskan ke Sungai Balok
:- Kualiti air yang telah di rawat memenuhi piawaian World Health Organization (WHO)


Selain China,kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain

A :- Prosesan sepenuh
     :- Molycorp di California,Amerika Syarikat
       :- Indian Rare Earth di India
       :- Solikampsk di Russia & Silmet di Estonia (Eropah)

B :- Prosesan separa
     :- Rhodia di Perancis
        :- Shin Etsu di Jepun
        :- Nippon Yttrium di Jepun

C :- Kilang-kilang dalam perancangan 
      :- Arafura di Whayalla Australia
         :- Great Western Minerals di Steenkampskraal South Afrika
         :- Avalon Rare Metal di Thor Lake Canada
         :- Alkane di Dubbo New South Wales Australia

Faedah

Pelaburan dan kewangan
:- Pelaburan langsung asing (FDI) dengan modal RM2.3 Bilion 
:- Fasa pertama - modal pelaburan sebanyak RM1.318 Bilion.RM618 juta di belanjakan di Malaysia
   termasuk RM235 juta yang di berikan kepada kontrakor di Kuantan
:- Fasa kedua - Modal pelaburan ialah RM700 juta di mana 50% akan di belanjakan di Malaysia
:- Kos operasi ialah RM400 juta setahun / (RM600 juta mulai dari 2013)
   _ Servis luar -Pengangkutan , penyelengaraan
   _ Tenaga kerja - keselamatan , mekanikal , elektrikal , sivil , gudang dan proses

Tenaga Keraja
:- Lynas akan mengambil 350 pekerja,terdiri dari 75 Ijazah teknikal,15 Ijazah bukan teknikal,dan 260
   tenaga mahir dan separa mahir
:- 250 orang pekerja kontrak yang tetap
:- 100% Kakitangan Lynas Malaysia termasuk pihak pengurusan adalah rakyat Malaysia kecuali 
   4 pakar Nadir bumi dari Negara China.
:- Industri sokongan akan menjana 1000 peluang pekerjaan tambahan 
:- Lynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia,Perancis yang telah mengendalikan logi nadir
   bumi semenjak tahun 60an

Fasa pembinaan
:- Lebih 2000 orang di ambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaan.
:- Menyediakan peluang perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan

Aktiviti Perintis
:- Besar kemungkinan,syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang 
   di Malaysia seperti
              - Magnet Rare Eart - Siemens telah menanda tangani kerjasama dengan Lynas untuk 
                mendirikan kilang magnet dengan anggaran pelaburan - RM500 juta
                (produk Teknologi Hijau)
              - Hybrid vehicle
              - Catalytic converters
              - Polising powder
              - Flat Panel Display
              - Ceramic capacitors 
              - Compact fluorescent light 
              - Fuel cells
              - NiMH batteries


Lesen Lembaga tenaga Atom Malaysia bagi Lynas Gebeng

Tudiaa Aihh!! Satu Kampung Masuk UMNO?



SUNGAI PETANI - “Hanya tinggal tiga rumah di Kampung Padang Limau Dalam yang masih menyokong Pas,” kata bekas Pengerusi Tetap Pas Cawangan Padang Limau Dalam, Mohd Khair Hassan, 48, selepas program Selamat Tinggal Pas yang diadakan di dewan kampung itu kelmarin.

Mohd Khair berkata, 20 ahli dan penyokong Pas di kampung itu mengambil keputusan untuk menyertai Umno setelah kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan di situ.

Menurutnya, mereka mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan Umno kerana tidak puas hati dengan kepimpinan Pas yang tidak menunaikan janji kepada rakyat.

“Kami kecewa dengan kepimpinan Pas yang hanya pandai menabur janji tanpa menunaikannya dan setiap masalah penduduk di sini yang diutarakan kepada pucuk pimpinan tidak pernah diendahkan.

“Alasan yang sering diberikan ialah tidak ada bajet dan peruntukan kerana mereka (Pas) baru menang pilihan raya,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan borang keahlian Umno dalam program Selamat Tinggal Pas yang diadakan di dewan Kampung Padang Limau Dalam, kelmarin.

Mohd Khair berkata, beliau menjadi penyokong Pas selama 10 tahun dan sepanjang tempoh itu tidak ada sedikit pun perubahan dilakukan oleh parti itu kepada rakyat di situ.

Malah, setiap janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihan raya lalu langsung tidak ditunaikan.

“Apa yang membuatkan saya paling kecewa ialah apabila salah seorang pucuk pimpinan Pas mengatakan kepada saya bahawa jika mahu senang, lebih baik sertai Umno.

“Saya betul-betul kecewa dengan sikap yang ditunjukkan mereka dan mengambil keputusan untuk sertai Umno,” katanya.

Mohd Khair berkata, ahli dan penyokong Pas di kampung terbabit mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan Umno dan kini hanya tinggal tiga rumah sahaja yang masih enggan mengikuti jejak mereka.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas Cawangan Kampung Padang Limau Dalam, Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata, penyertaannya dalam Umno adalah kerana kecewa dengan sistem pentadbiran dan pengurusan Pas yang tidak bersistematik dan gagal merealisasikan program berdasarkan kehendak golongan muda di kampung itu.

“Setiap program membabitkan golongan muda yang diusulkan kepada pucuk kepimpinan Pas di sini pasti berakhir dengan pelbagai kekangan dan masalah.

“Alasan yang selalu diberikan adalah dari segi bajet. Malah bukan itu sahaja tetapi dari segi pelaksanaan terhadap sesuatu perkara juga kurang memuaskan seperti menjaga kebajikan rakyat di sini,” katanya.

Selain 20 bekas ahli dan penyokong Pas yang menyertai Umno dalam program itu, seramai 26 pemuda Kampung Bukit Lalang turut menjadi ahli baru Umno manakala 24 penduduk yang masih belum menyertai mana-mana parti turut berbuat demikian menjadikan jumlahnya 70 orang.

Hadir sama Setiausaha Umno Kedah, Datuk Othman Aziz dan Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Datuk Mohamad Firdaus Mohamad Zakaria.

Hari Raya Haji 6 November 2011



KUALA LUMPUR 27 Okt. – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011,” katanya. – BERNAMA

Psst: Tahukah anda sepatutnya kita menyambut Hari Raya Haji lebih meriah dari Hari Raya Puasa?

Thursday, October 27, 2011

Perhatian!! Pondan Lari Dari Pusat Pemulihan!



WANG TEPUS - Seorang pelatih lelaki yang berperwatakan seperti wanita dipercayai melarikan diri dari sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak, Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk di sini sejak 11 hari lalu.

Mohd Ridhwan Khan Jumakahn, 30, yang berasal dari Negeri Sembilan itu dikatakan menghilangkan diri selepas mengalami tekanan berikutan terlalu lama diletakkan di pusat itu bagi tujuan pemulihan penyalahgunaan dadah dan akhlak.

Pengetua pusat rawatan terbabit, Mohd Muzni Mohd Noor, berkata, pihaknya mula menyedari kehilangan pelatih itu kira-kira jam 5 pagi pada 14 Oktober lalu ketika mahu mengejutkan semua pelatih untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah.

Menurutnya, sejak kehilangan pelatih itu pihaknya juga tidak pernah berhenti mencari di merata-rata termasuklah di Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Nerang.

“Kami turut menerima panggilan daripada orang awam yang menemuinya di kawasan Bukit Tembaga dan ingin menghantarnya pulang tetapi dia berjaya melarikan diri dan masuk ke kawasan hutan kerana bimbang dimasukkan semula ke pusat ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Ridhwan Khan dimasukkan ke pusat itu sejak Mei lalu selepas ditahan kerana kes penyalahgunaan dadah dan akhlak.

Mohd Muzni berkata, pelatih terbabit meninggalkan tempat itu sehelai sepinggang dan berpakaian kemeja T berwarna biru gelap dan seluar trek biru ketika kali terakhir ditemui sebelum menghilangkan diri.

Menurutnya, pihaknya yakin pelatih terbabit memanjat pagar di sekitar pusat terbabit sebelum berjaya meloloskan dirinya sewaktu kejadian.

“Kita bimbang sesuatu yang buruk menimpanya kerana sebelum ini dia pernah dua kali cuba melarikan diri namun sempat ditahan polis dan dimasukkan semula ke pusat itu.

“Kita tidak mahu dia kembali kepada perwatakan wanita kerana sejak berada di sini dia sudah boleh menerima perubahan dan bertukar kepada watak lelaki secara perlahan-lahan,” katanya

Berikutan kehilangan pelatih itu, satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu pada 22 Oktober lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu.

Sesiapa yang terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Mohd Ridhwan bolehlah menghubungi Mohd Muzni di talian 013-4230243, 04-9173014 atau Mohd Fitri Ramizan di talian 019-5503093.

Mangsa Rumah Terbakar di Baling!!



BALING - Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila hampir keseluruhan rumah mereka rentung dalam kejadian kebakaran tengah hari kelmarin di Kampung Charok Sikin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada litar pintas kerana sebelum kebakaran, bunyi letupan kedengaran di bahagian meter rumah berkenaan.

Pemilik rumah, Mohd Asroh Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah jiran yang hanya beberapa meter dari rumahnya.

“Semasa saya berbual dengan rakan, saya terdengar bunyi letupan di bahagian bumbung rumah. Kemudian, api marak dengan pantas sehingga saya tak sempat selamatkan apa-apa.

“Saya hanya dapat berlari masuk ke ruang tamu untuk mendapatkan barangan berharga, namun gagal kerana bahang api terlalu panas selain risau bumbung rumah runtuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Asroh yang bekerja kampung berkata, dia turut berlari keluar meminta pertolongan jiran, namun, kebakaran tersebut terlalu cepat sehingga hampir memusnahkan keseluruhan rumahnya.

“Mujurlah semua keluarga saya termasuk isteri, Azlina Aziz, 37; dan anak Mohd Faiz Fahmi, 19; Mohd Nurul Nor Fahatun, 17; Mohd Faiz Farhan, 13; dan Ani Nur Fatihah, 11, berada di luar rumah ketika kejadian,” katanya.

Mohd Asroh berkata, anggaran kerugian RM80,000 melibatkan wang tunai dan perabot rumah.

“Segala dokumen penting tidak dapat diselamatkan. Semua buku rujukan anak saya yang bakal menduduki SPM tahun ini juga hangus,” katanya.

Sementara itu, Yayasan Pembangunan Rakyat Baling meluluskan peruntukan membina sebuah rumah ganti.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, RM33,000 diluluskan bagi membantu mereka. Hadir sama, Penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Pegawai Jasa Dun Bayu, Othman Md Noor.

Wednesday, October 26, 2011

Meletup!!!!! pendedahan terbaru mengenai fahaman Nik Aziz

                         Anda dengar anda menilai



Inilah pengakuan terbaru Ustaz Saidi seorang yang pernah bersama dalam PAS Kelantan..bagaimana      tersesatnya akidah Nik Aziz

  Ini adalah video ucapan Nik Aziz menggenai taraf Nabi Muhammad S.A.W






Gempar!!!!!!! tentang konsert anak muda di Kedah.

                         
Terap Care telah menganjurkan satu konsert di Dewan Pekan Naka




  

  
  Terap Care adalah satu badan Ngo yang di katakan bergerak mencari sumbangan terhadap orang-orang miskin,,yang di pengerusikan oleh Mohd Hamizan Amzah dan penaungnya adalah YB Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap).baru-baru ini Terap Care telah mengadakan satu konsert untuk anak-anak muda yang di namakan "Malam Kesenian Anak Muda" pada 23 oct 2011 di Dewan Naka,Padang Terap..Hasil sumbangan dari penderma yg memberi kebajikan pada golongan orang miskin telah di salah gunakan untuk menganjur satu konsert.




     Dewan Naka di Pekan Naka,Padang Terap,berlangsungnya konsert tersebut



Poster Konsert anjuran Terap Care
   

                                                    golongan muda pertugas dari Terap Care

                                     
                                                                    gambar menunjukan  YB Nasir Zakaria bersama pengerusi Terap Care 
                                                        Mohd Hamizan Amzah

     Yang teramat menyedihkan apa bila berakhirnya konsert tersebut..setelah pihak penganjur Terap Care
gagal dalam menyediakan garis panduan kpda  golongan muda yang menghadiri konsert tersebut..dan lihat setelah habis konsert tersebut   


                                                                 
                                            gambar di ambil setelah selesai konsert tersebut,,sungguh memalukan
                                           

Kredit to :- Aktivis Umno Pekan Naka & Bekas TerapCare


PSST:-  Dulu kalau kerajaan BN menganjurkan satu program berbentuk hiburan bukan main meroyan mengutuk BN menganjurkan program yang berbentuk hiburan,,kerana melalaikan....sekarang NAH  ambik hampa sekarang ni Tok Lebai PAS pun pi Konsert untuk berhibur,,dan sekarang ni bukan main berubah 360 darjah..PAS sekarang dah mula menganjurkan konsert hiburan untuk menarik golongan muda,,sehingga mereka terlupa apa yang di perkatakan mereka kepada BN.La ni PAS meludah dah kena kat batang hidung sendiri.......

PANAS!! MB Mana yang kawen dua kena tangkap Khalwat?

Sekadar Menempek

Artikel ni pmk ambik dari Din Turtle dan blog pro pas MSO Melayu..
"BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan."

MB NEGERI MANA TU YANG KENA TANGKAP TU?DIKHABARKAN KES NI DIAM CAM TU SAJA DAN TIDAK DI BAWA KE MAHKAMAH.?BILA MB KENA TANGKAP JABATAN AGAMA DIAM SAJA KA?APA KERJA HAMPA?BILA ORANG LAIN KENA TANGKAP HABES SEMUA PAPER MASUK..BILA MB KENA HAMPA DIAM..SEELOK ELOKNYA BAWA REPORTER SKALI BARU LA TAU SAPA MB TU..

Tuesday, October 25, 2011

Meletup.pendedahan terbaru seorang Ustaz seorang Adun Di kelantan

 Inggat PAS,,Inggat Adun Selinsing Berzina
Inggat PAS,Inggat kes khalwat Mat Sabu


saksikan pengakuan terbaru seorang Ustaz di Kelantan tentang kes zina adun PAS klik di sini



PSSST;- 

tu dia punya lolaq punya Nik Aziz..sanggup menutup kesalahan yang di lakukan oleh pemimpin PAS,,demi tak mau pemimpin PAS tersebut kalah..
      

Selongkar,,tentang pakatan haram

                                  Anda Dengar,,anda menilai,,siapa itu ketua PR







sahabat2 sekalian,,kenapa kita perlu menolak Pakatan Rakyat(PR)..PR adalah satu gabungan yang begitu rapuh,,dan di dominasi oleh DAP,,sehinggakan PKR & PAS bagai di cucuk hidung

  .Anwar Ibrahim hanyalah satu boneka yang di letakkan DAP sebagai Ketua PR.kerana sikap ketamakan kuasa untuk memerintah Malaysia,termasuklah PAS juga adalah boneka untuk matlamat DAP..sedangkan umat Islam di Malaysia pun juga tahu bagaimana begitu lantangnya DAP menolak kewujudan Negara Islam,,sehinggakan PAS yang sebelum ini dalam dasar parti memperjuangkan Negara Islam terpaksa gugurkan kerana terpaksa tunduk kepada desakkan DAP.sedangkan pada dasarnya ahli-ahli PAS  beranggapan PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam.tapi begitu sedih apabila pemimpin-pemimpin PAS bagai di cucuk hidung yang di katakan memperjuangkan Islam tapi hakikatnya perjuangan itu entah hilang ke mana
 .kita jangan lupa matlamat sebenarnya DAP dari sejak penubuhan DAP dan di tubuhkan oleh Devan Nair pada tahun 1966 dan ketika itu Lim Kit Siang adalah selaku ahli Exco DAP,mereka memperjuangkan konsep ''Malaysian Malaysia" seperti juga di Singapura konsep yang di bawa PAP abang sekutu kepada DAP "Singaporean Singapore"yang membawa maksud semua hak kaum adalah sama,,sedangkan ketuanan di Malaysia ini adalah hak milik orang melayu..sebagai sifat demokrasinya Malaysia,bangsa lain juga di terima dan di beri hak juga sebagai penduduk atau rakyat Malaysia.tapi keistemewaan Melayu sebagai tuan di tanah Malaysia tak ada bersebab untuk di pertikaikan..ini di akui sendiri oleh pemimpin kaum lain Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan semasa selepas menuntut Kemerdekaan bersama Tunku Abdul Rahman
  Tapi yang menyedihkan sekarang seorang dari kaum melayu sendiri yang begitu lantang menentang apa itu Ketuanan Melayu..kerana ketamakan dia untuk menjadi Perdana Menteri..dia bagaikan sesumpah di dalam bidang politik dia.dan sanggup bersama dengan sesiapa sahaja untuk mencapai matlamat dia sebagai Perdana Menteri,,walau pun terpaksa minta pertolongan dari pihak yahudi.dan sehinggakan mengamalkan sistem pluralisme agama semata-mata memenuhi hasrat dia mari kita renungkan sejenak klik di sini
   Kenapa rakyat Malaysia perlu pulak nak memilih dia sebagai pemimpin kita,sedangkan rakan2 seperjuangan dia dlm PKR banyak yang menolak dia dan mengakui keruntuhan akhlak dia...mahu kita ini sebagai rakyat Malaysia berada di bawah pemerintahan dia,dan di sebalik pemerintahan dia ada DAP dan yahudi yang memain peranan untuk memberi arahan..sehingga terwujudnya Reformasi..kerana reformasi inilah
     1) Terheretlah kanak2 yang di bawa Ibu bapa mereka ke medan tunjuk perasaan
     2) Berjaya melahirkan insan-insan yang tidak patuh pada peraturan dan undang-undang
     3) Mewujudkan suasana panas dengan mengfitnah,tohmahan dan pembohongan yang bertujuan 
         membangkitkan kemarahan rakyat kepada pihak tertentu
     4) Sehingga mengwujudkan sikap LIBERAL di dalam hati penyokongnya mahu membuang Ketuanan 
          Melayu,,yang akan dapat mengakibatkan kerosakan pada kaum sendiri dan generasi masa depan 
          kaum melayu.
      5) Membudayakan caci memaki
  
  Sikap pemimpin PAS bagaikan terikut rentak dia setelah berada di dalam Pakatan Rakyat..Menghalalkan cara demi keuntungan pemimpin parti PAS.kita dapat lihat bagaimana PAS sekarang telah tersasar dari landasan perjuangan sebenar mereka dahulu dan sanggup bersama DAP yang mereka tahu terlalu lantang menyuarakan tentangan sesuatu perkara melibatkan islam,,sebahagian pemimpin PAS juga sanggup ketepikan dan menolak niat UMNO bermuzakarah dengan PAS menyatukan kaum melayu dan sebahagian lagi pemimpin PAS bersetuju,,sedangkan di negara Malaysia jika di perkatakan tentang Agama Islam,,ia berkait rapat dengan kaum melayu,,dan bila di perkatakan tentang kaum melayu ia berkait rapat dengan Agama Islam,,hanya alasan Dasar Parti berbeza di guna pakai sebahagian pemimpin PAS untuk menidakkan penyatuan kaum melayu..sedangkan dengan DAP yang begitu ketara dasar parti dan bertentangan dengan dasar parti PAS sendiri  boleh di peluk cium. dan berjabat tangan


                                   

  

PSST :- Pernah sekali apabila Nik Aziz telah mendoakan kecelakaan terhadap Yab Najib         Razak,,sedangkan ketika Nik Aziz sedang Sakit Yab Najib juga lah yang melawatnya di hospital,bertanya khabar dan mendoakan semoga cepat sembuh

                                         
                  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog