pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 24, 2012

Panas!! Kedah Sejahtera ka?????


PANASS!! Perancangan Terhebat Pas Kedah Dalam Sejarah!! 




Kolej Universiti Insaniah salah satu projek kebanggaan Pas Kedah. Walaupun asalnya projek ini dimulakan oleh kerajaan BN Kedah dulu. Namun kerja menaik taraf kolej ini adalah kerja kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pas.

Atas sebab itu Pas begitu bangga melaungkan KUIN tu mereka yang punya. Selepas KUIN, ada satu lagi Sekolah yang akan Pas Kedah bina, iaitu Sekolah Tahfiz Sains di Langkawi.


Sekolah Tahfiz Sains dimana kos yang melibatkan bajet sebanyak RM20juta bakal di tubuhkan di Pulau Tuba. Kononnya ia dilihat sebagai pemangkin untuk pendedahan agama dan hafazan untuk pelajar-pelajar Islam. klik sini 

Sudah ada pendedahan di dalam media, buah mulut masyarakat mengatakan bahawa idea ini sungguh hebat. Mc sememangnya memuji idea untuk menubuhkan Sekolah Tahfiz Sains tersebut tetapi Mc khuatir ini adalah salah satu umpan PAS Kedah yang dilihat semakin hari semakin nazak untuk bertapak semula sebagai kerajaan negeri. 


MENGAPA?
Sebelum ini Kolej Universiti Insaniah telah didapati berhutang sebanyak RM62 juta klik sini. Sehingga sekarang pun hutang itu belum habis dilunaskan lagi, walaupun bayarannya beransur-ansur.

Nilai defisit bajet Kerajaan Negeri Kedah berakhir tahun 2010 adalah sekitar lebih RM20 Juta

Yang menjadi persoalannya, kerajaan negeri sudah berhutang RM62 Juta, ini jumlah tetap bagi menyiapkan KUIN (cawangan kedua) ditambah pula dengan bebanan hutang baru iaitu RM20 Juta untuk projek Sekolah Tahfiz Sains?

Cuba anda fikir, RM20 Juta defisit negeri (2010) tambah RM 62 Juta (KUIN2) tambah pulak dengan RM 20 Juta (Sekolah Tahfiz). Sudah ada berapa juta hutang terbaru kerajaan negeri? Campur semua, maka Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM102 Juta, hutang terbaru. WOW!



Pelan pembangunan negeri Pas memang hebat, bayar hutang baru RM10 Juta, tapi Pas tambah lagi hutang RM102 Juta. Memang kerajaan negeri yang terhebat di sini.

Sudah la pembentangan bajet yang penuh dengan defisit, ditambah pulak hutang baru, Pas Kedah seolah bagaikan sengaja mahu membuat hutang banyak-banyak untuk tinggalkan kepada kerajaan yang akan datang.

Mungkin mereka dah sedar, bahawa jangka hayat kerajaan Pas Kedah dah tak lama.. tunggu PRU saja, rakyat dah nak KALIH!

3 comments:

Anonymous said...

MK:

Apa beza Kedah Sejahtera dgn BN Menang Kedah Senang.

Cuba huraikan bagi pengundi faham

Apa relevannya Kedah Sejahtera.
Apa relevannya BN Menang Kedah Senang.

SEjauh mana rakyat Kedah Sejahtera.
Sejauh mana rakyat akan senang bila BN menang.

Siapa sebenar yg akan sejahtera
Siapa sebenar yg akan senang..

54 tahun merdeka hooooo

Hamba Allah.

Anonymous said...

Kpd blogger, aku nak bg tau dlm PRU 13 ni Azizan akan hadapi pertandingan 3 penjuru d Dun Sg Limau. Veteran Pas yg pernah dipecat olehnya telah bersedia utuk jd calon bebas.Buat masa ni aku nak rahsia dulu.Tk

Anonymous said...

di parlimen kulim bandar baru pula PKR katanya akan letak sifudin nasution ganti zulkifli nordin.

semoga jadi kenyataan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog