pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, December 24, 2012

Patut Baca !!! Pekung Dada PAS Kini Di Dedahkan C.N Al-Afghani



NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non. 
Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri. 

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 
Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.



Temubual antara Mingguan Malaysia Dengan Cikgu Zainon



MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?


ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.

Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

ZAINON: Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: "Takkan sampai macam tu sekali kot" tapi malam itu saya kata balik: "memang macam inilah...Prinsip kami macam inilah,".

Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

ZAINON: Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila

Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.

Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

ZAINON: Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.

Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

ZAINON: Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah.- Utusan

PANAS !!! Kisah Kezaliman Azizan Di KUIN Yang Semua Patut Tahu #tukarkedah


Sebelum ini sahabat Pisau Kedah dalam Team Media Kedah, ada mendedahkan kisah 7 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang di zalimi Jamil Osman, REKTOR kesayangan lantikan Azizan Razak selaku Pengerusi KUIN di sini. Setelah rasa bertanggungjawap membela nasib 7 pelajar terbabit, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) telah tampil mendesak pihak yang bertanggunjawap supaya mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan masalah secepat yang mungkin


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah kesal dengan pihak pentadbiran Kuliyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang tidak pernah memanggil tujuh graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang didakwa tidak mendapat sijil mereka kerana tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 
Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa walaupun tujuh graduan sudah meminta pihak pentadbiran untuk berjumpa dan membincangkan status pengiktirafan sijil mereka selepas konvokesyen pada September lepas, namun sehingga 19 Disember baru-baru ini, barulah timbalan dekan yang mewakili pihak pentadbiran Kuliyah menghubungi salah seorang pelajar berkenaan untuk membincangkan isu terbabit. 
“Mengapa, pihak pentadbiran mengambil masa terlalu lama untuk menghubungi graduan berkenaan, sedangkan perkara ini sudah berlarutan kira-kira tiga bulan.
“Kami berasa kesal dengan tindakan pihak berkenaan ini dan masyarakat boleh menilai sendiri kenyataan sebenar isu berkenaan,” katanya dalam sidang media, semalam. 
Shamsul berkata, akibatnya tujuh graduan berkenan gagal dalam permohonan kerja dalam sektor awam, di mana empat daripadanya yang menghadiri temuduga Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) gagal dalam mendapat tempat untuk pengambilan Januari 2013. 

Katanya, manakala seorang lagi daripada tujuh graduan terbabit, yang membuat permohonan menyertai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah, langsung tidak mendapat panggilan temuduga, kerana ijazah mereka masih belum mendapat pengiktirafan daripada MQA. 
Menurutnya, pada hari ini (semalam), selepas sidang media, pihak GPMS akan menghantar surat pada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk membincangkan isu berkenaan, disebabkan MQA berada di bawah kementerian berkenaan, jadi hanya pihak terbabit mampu menyelesaikan isu ini. 
Katanya, pihak GPMS sudi menjadi pengantara untuk mengatur pertemuan antara tujuh pelajar terbabit dengan Insaniah yang mana sekurang-kurangnya mereka dapat berbincang supaya kegusaran hati graduan dan keluarganya ini dapat dikurangkan. 
Menurutnya, perkara ini sudah dibangkitkan berkali-kali di media, jadi pihak Insaniah sepatutnya memainkan peranan, bagi menunjukkan mereka mempunyai rasa tanggungjawab dalam usaha menyelesaikan isu ini, lagipun sudah banyak masa, tenaga dan wang graduan berkenaan dihabiskan sepanjang tempoh pembelajaran mereka. 
Shamsul menggesa agar pihak berkenaan dapat meneliti dan mempercepatkan proses pengiktirafan itu, demi masa depan tujuh orang graduan berkenaan. - SH


Tu Dia !!! Demi Mempertahankan Amanat Hadi Awang, Mufti Di Hina Lebih Teruk Dari Anjing



Laman web Suara Pakatan Rakyat yang sering menjadi kontroversi nampaknya semakin keterlaluan dalam membela PR. Mungkin kerana ketandusan idea untuk membela PAS dalam berhadapan dengan serangan peluru Amanat Hadi, maka laman tersebut sanggup menyamakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan anjing. Ini dilakukan dengan menggabungkan gambar wajah Tan Sri Harussani dengan badan anjing.

Kita sedia maklum dengan sifat takbur dan riak para pemimpin PAS yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama. Justeru, kita tidak terkejut jika apa yang dilakukan oleh laman web Suara PR itu direstui oleh mereka.

Selama ini pun PAS sememangnya memandang rendah para Mufti dan Ulama lain yang tidak menyokong parti mereka. Malah, ulama-ulama Pondok juga tidak diiktiraf PAS. Seringkali fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan Mufti dan cerdikpandai agama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan juga dianggap sebagai hampas sahaja jika ia tidak memberi keuntungan kepada PAS.

Semua ini digarapkan dengan jelas oleh Suara PR yang menyatakan bahawa “selain Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Harun Din, tidak ada mana-mana pemimpin agama di negara ini yang mempunyai kelebihan ilmu agama melebihi Hadi”.

Laman itu juga menekankan bahawa jawatan mufti hanya menghabiskan wang rakyat kerana rakyat masih berbuat maksiat seperti biasa. Oleh yang demikian, PR ingin menghapuskan jawatan Mufti dan menggantikannya seorang Imam Besar sahaja.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala dengan apa yang ditulis oleh laman tersebut manakala di kalangan penyokong PR pula, ramai yang cuba menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka. Acapkali sesuatu yang begitu dahsyat dan keterlaluan yang ditulis di laman tersebut, dituduh sebagai ‘kerja UMNO’.

Hairan juga kenapa penyokong PR perlu menafikan apa yang mereka sendiri persetujui. Bukankah mereka juga yang sering memperlekehkan Ulama yang tidak pro kepada mereka? Bukankah mereka juga yang sering memanggil semua yang menyokong kerajaan sebagai anjing? Bukankah mereka juga yang mendabik dada bahawa Tuan Guru dan Tok Guru mereka sebagai manusia paling alim dan paling tinggi darjatnya?

Justeru, kenapa mesti ‘cuak’ apabila laman Suara PR mengulangi apa yang mereka sering laungkan? Kenapa mesti menafikan suara sendiri?

PR juga nampaknya terkial-kial menafikan bahawa Amanat Hadi Awang menjadi punca penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa dalam peristiwa Memali pada tahun 1985. Bagi mereka ia hanyalah cerita kitar semula yang tidak membawa makna seolah-olah rumahtangga penyokong mereka, perpaduan ummah dan nyawa manusia, termasuk penyokong tegar mereka, sebagai langsung tidak berharga.

Tiada manusia atau agama di dunia yang melihat soal kebahagiaan rumahtangga, perpaduan masyarakat dan menghargai nyawa sebagai perkara remeh. Dan di dalam Islam tentulah semua ini jauh lebih tinggi dan lebih penting lagi:

Nyawa bukan mainan yang boleh dijual beli atau ditukar ganti. Hanya Allah SWT yang berhak ke atas nyawa hambanya. Islam juga meletakkan rumahtangga di satu tempat yang khusus di mana ‘lafaz nikah’ juga perlu dilakukan dengan cara tertentu sekali gus menunjukkan satu ikatan rohaniah iaitu lebih kuat dari sekadar lahiriah. Perpaduan ummah pula ada sesuatu yang wajib diperjuangkan jika ingin melihat Islam dan umat Islam kuat serta mampu memikul tugas sebagai Khalifah di dunia ini.

Justeru, sikap PAS yang sanggup melihat akibat yang bertitik tolak dari Amanat Hadi itu sebagai remeh serta tidak perlu dibincangkan lagi, membuktikan betapa PAS sudah terlalu jauh tenggelam dalam usaha mengejar kuasa, lemas dalam pencarian jatidiri parti PR, sekali gus jauh meninggalkan Islam.

Akhir kata, adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk cuba menjelaskan tuduhan laman Suara PR mengenai kelayakan Tan Sri Harussani. Rasanya, penyokong PAS sendiri tahu di mana sebenarnya kelayakan Haji Hadi berbanding Tan Sri Harussani kerana kerajaan UMNO telah meletakkan syarat-syarat kelayakan yang cukup tinggi dan terbukti sebelum melantik seseorang Mufti. Lainlah dengan PAS, di mana seorang yang tak lulus SPM dan tak tahu Bahasa Arab juga boleh diangkat sebagai Mursyidul Am.

Hot (Patut Baca) !!!! Pendedahan Kaitan Dana Luar Untuk Penyebaran Islam Liberial Di Malaysia



AIDCNews – 22/12/12 – Jika di Indonesia, dana asing CIA berselindung di sebalik topeng Asia Foundation untuk membiakkan penularan Islam Liberal di negara itu, di Malaysia pula teknik yang sama juga turut digunakan, iaitu berselindung di sebalik yayasan-yayasan Kristian Jerman.
Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan dana CIA disalurkan kepada yayasan-yayasan Jerman termasuk Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak tahun 1980-an.

Bekas wakil KAS di Malaysia, Peter Schier dalam wawancara eksklusif The Sun pada November 2006 mendedahkan yayasan Kristian Jerman itu sudah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari awal penubuhan badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Indonesia, badan pemikir BJ Habibie, The Habibie Center (THC) juga ditaja oleh yayasan Kristian Jerman yang bernama Hanns Seidel Foundation.
  
Menurut Philip Agee selepas penubuhan NED (National Endowment for Democracy), dana CIA lebih banyak disalurkan kepada NED dan sekutu-sekutunya, termasuklah NDI (National Democracy Institute), IRI (Institute Republican Institute), Freedom House dan sebagainya.

Namun, kerjasama NED dan sekutunya dengan yayasan-yayasan Jerman masih dijalinkan hingga ke hari ini khususnya dalam menaja demokrasi dan gerakan kuasa rakyat di seluruh dunia.




Dr. Bridget Welsh dan Anwar dalam program Habibie Center di Indonesia, November 2012

Barangkali kenyataan ini menjawab kenapa badan pemikir BJ Habibie, THC menjemput dua tokoh luar, Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Dr. Bridget Welsh (perunding Freedom House dan NED) sebagai ahli panel membincangkan buku bertajuk “Democracy Take-Off?: The BJ Habibie Period,” November lalu. Baca selanjutnya, “Rahsia Anwar Raikan BJ Habibie..”




Konrad Adenauer Stiftung (KAS)

Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail dalam rencananya bertajuk “Cabaran Akidah : Pemikiran Islam Liberal” mendedahkan bagaimana peranan KAS dalam penubuhan Penubuhan InterFaith Comission (IFC), terjemahan pluralisme agama yang bakal menjadi ancaman kepada Islam di Malaysia.


Malah, modus operandi KAS-IKD turut dipersoal di depan Anwar sendiri dalam pertemuan tertutup di rumah Prof. Osman Bakar, pada 2 Jan 2011.

Kemurahan hati KAS bekerjasama dengan badan pemikir Anwar diragui kerana buku-buku yang diterbitkan itu lebih berbau pluralisme agama dan Islam Liberal.


Friedrich Naumann Stiftung 

Selain KAS, Anwar juga dilihat semakin intim dengan satu lagi yayasan Jerman yang dinamakan Friedrich Naumann Stiftung (FNS). Peranan FNS mula dikesan membantu Anwar sejak bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Klik di sini 
  
Satu dokumen yang dilampirkan di bawah menunjukkan Anwar menggunakan kepala surat AI (The office of Anwar Ibrahim), pejabatnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menghantar proposal kepada Rainer Heufer, pegawai FNF untuk kawasan Asia Tenggara.
  
Surat bertarikh 10 Mei 2006 itu merupakan proposal Anwar untuk melaksanakan program Dialog Intra-Islam, di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada Disember 2006.




Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck . Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara.

Matlamatnya adalah untuk membentuk persetujuan di kalangan semua kumpulan Muslim untuk menerima prinsip umum demokrasi dan kebebasan agama.



Betapa liciknya anasir luar yang cuba merosakkan negara kita.Tetapi begitu menyedihkan apabila Agen Islam Liberal seperti Anwar Ibrahim masih diberi sokongan menjadi pemimpin walaupun sudah jelas bukti-bukti dan pendedahan mengenai kegiatannya menyebarkan Islam Liberal.

Sumber: AIDC

Sunday, December 23, 2012

Video Hot !!! Ustaz Kazim Elias Menerangkan Cara Untuk Berdakwah Yang Sebenar



Ramai yang anggap, dakwah hanya untuk orang yang mahukan Ilmu Agama sahaja tanpa mereka menyedari dakwah tak semestinya untuk golongan tertentu sahaja dan meminggirkan golongan tertentu. Dakwah seharusnya di lakukan dengan secara menyeluruh dengan menarik golongan yang jauh daripada Islam dengan mendekatkan mereka kepada Islam.


Panas !!! Budak Perempuan 12 Tahun Jadi Mangsa Nafsu Buas Ustaz Di Kedah


ALOR SETAR – Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.

Katanya, dia hanya dapat tahu perkara itu selepas anaknya menceritakan peristiwa hitam itu kepada sepupunya sebelum diberitahu kakaknya.

“Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.

“Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, 'ustaz' itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.

“Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya. - SUMBER

Pembeli Rumah Di Pendang Terseksa Minta Penjelasan Dari PBT Dan Pemaju

Gambar: Rumah siap tp OC xlulus. Kenapa ye?

Baru-baru ini Pisau Kedah di hubungai seorang pembeli rumah yang mempuyai masalah tentang rumah yang di belinya apabila terpaksa menanggung beban kewangan apabila rumah yang mereka beli di Taman Perumahan kawasan Pekan Tokai, Pendang gagal mendapat CF dari pihak Majlis Daerah Pendang kerana Pemaju yang membina Taman Perumahan tersebut terpaksa berhadapan dengan birokrasi-birokrasi yang terlampau dari pihak Majlis Daerah sehingga membuatkan pembeli-pembeli tidak dapat lagi layak menduduki rumah yang mereka beli sedangkan duit pinjaman perumahan kepada pihak Bank terpaksa mereka jelaskan tiap-tiap bulan.


Pemaju

ETERNAL DEVELOPMENT SDN. BHD.(41206-V)
The Human Resource Department
97 M & N, Batu 1 ¼, Mergong,
Seberang Jalan Putra, 05150 Alor Star,
Kedah Darul Aman, Malaysia.


Majlis Daerah

Majlis Daerah Pendang (MDP)
Aras 3 Wisma Sri Pendang
06700, Pendang, Kedah.
No. Telefon:


TAMAN SERI LAYANG-LAYANG
PEKAN TOKAI
06600,
PENDANG, KEDAH

MASALAH
Rumah 100% telah disiap oleh pemaju mengikut plan asal. Borang E telah dihantar ke MDP untuk kelulusan (CF) pada 28.6.2012. Sehingga kini (CF tak diluluskan) pembeli tidak dapat menduduki rumah kerana tiada bekalan letrik dan air. Pembeli yang kebanyakan orang-orang melayu menjadi mangsa kerenah birokrasi MDP. 
Pemaju ada menyatakan bahawa syarat tambahan yang diberikan oleh MDP untuk membina tembok tambahan (retaining wall ), telah pun disiapkan. MDP memberi syarat tambahan yang baru menyebabkan pemaju tidak lagi mahu mematuhinya kerana setiap syarat menyebabkan perbelanjaan yang tinggi. 
Mengapa pihak MDP asingkan syarat-syarat sedangkan syarat-syarat itu boleh disatukan? 
Inilah kerenah birokerasi MDP yang membuli pemaju. Pembeli amat kecewa dan terpaksa membayar hutang bank dan juga rumah sewa, sedangkan rumah sudah pun boleh diduduki. 
Pemaju juga rasa kecewa dengan MDP kerana setiap tindakan atau maklumbalas mengambil masa yang lama setelah permohonan yang dimajukan kepada MDP. Kini MDP telah menambah syarat baru untuk pemaju laksanakan. 
Terima kasih.

Di harapkan pihak pemaju perumahan tersebut dan pihak Majlis Daerah Pendang dapat menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ini dengan secepat yang mungkin kerana ada antara pembeli rumah-rumah ini terpaksa mengeluarkan kos menyewa rumah di sebalik kos pembayaran bulanan pembelian rumah yang terpaksa mereka bayar kepada Bank setelah rumah berkenaan siap di bina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog