pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 1, 2013

Panas !!! Anwar Kini Gelisah Apabila Shamsidar Bakal Buka Pekung Kelakuan Buruknya


Apabila seorang ahli politik seperti Anwar Ibrahim yang mempunyai cita-cita menggunung untuk menjadi Perdana Menteri maka segala aspek kehidupannya menjadi teropongan rakyat.

Lebih-lebih lagi jika ia mahu menjadi Perdana Menteri kepada sebuah negara Islam seperti Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama persekutuan serta majoriti rakyatnya pula adalah penganut agama Islam.

Maka kriteria untuk mana-mana calon Perdana Menteri akan menjadi bertambah ketat dan telus.

Bukan sahaja beliau perlu mempunyai ketokohan dan sifat kepimpinan yang kukuh serta mantap tetapi juga perlu melepasi ujian moral dan akhlak yang tersemat dalam ketinggian nilai-nilai agama yang luhur dan murni.

Anwar yang sejak dahulu tidak pernah sesekali menyembunyikan hasrat dan desakan kalbunya untuk memimpin Malaysia bukan sahaja tidak terkecuali daripada penilaian rakyat yang bakal dipimpinnya tetapi juga ujian kelayakan dari sudut agama.

Kini Anwar bakal menghadapi satu lagi proses perundangan di mahkamah dalam perbicaraan kes saman beliau terhadap bekas rakan permainan tenisnya, Senator S. Nallakaruppan yang didakwa telah memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu terbabit dalam aktiviti biseksual.

Anwar dan tuduhan salahlaku seks samada di luar tabii atau sebaliknya bukanlah baru.

Bermula dengan perbicaraan tahun 1998 yang mensabitkan beliau dengan kesalahan atas jenayah liwat dan salahguna kuasa, Anwar telah melalui satu lagi perbicaraan jenayah liwat pada tahun 2008, kali ini membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Kes kali ini antara Anwar dan Nalla adalah berbentuk sivil, bukannya konspirasi politik membabitkan pemimpin atasan UMNO seperti yang gemar diwar-warkan oleh beliau dan diperpanjangkan oleh kuncu-kuncunya di pentas-pentas politik.

Kesnya adalah mudah; Anwar berasa dakwaan bekas kroninya itu adalah bersifat fitnah dan tohmahan bagi mencemarkan imej beliau sebagai Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR lalu mengambil langkah untuk menyaman Nalla.

Yang menarik perhatian Anwar dan mungkin juga ini yang menyebabkan beliau tidak lena tidur saban malam ialah 10 nama yang telah disenaraikan oleh pihak peguambela Nalla.

Antara nama tersohor yang tercatat dalam senarai saksi yang bakal dipanggil oleh peguambela Nalla ialah Shamsidar Taharin, satu nama yang sebati dan sinonim dengan perbicaraan tahun 1998.

Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan kini menduduki jawatan orang nombor dua dalam PKR sebagai timbalan presiden.

Shamsidar sekian lama telah berjaya mengelak daripada dirinya terseret dalam drama skandal seks membabitkan Anwar tetapi kali ini nampaknya usaha beliau untuk terus mengelak mungkin sudah sampai ke penghujung jalan.

Sejak 14 tahun lalu nama Shamsidar, isteri kepada Azmin Ali sering dikaitkan sebagai individu yang pernah menjadi mangsa kerakusan seks Anwar tetapi dakwaan ini tidak pernah dapat dibuktikan.

Malah isteri Anwar, Dr Wan Azizah Ismail juga menutup rapat mulutnya daripada memberi sebarang komen atau penjelasan walaupun didesak, ditekan dan diasak oleh kawan dan lawan.

Mungkin Dr Wan Azizah sebagai isteri yang setia hanya mampu memendam hati dan perasaan demi menyelamatkan mada depan dan karier politik suaminya.

Ini kerana tuan empunya badan iaitu Shamsidar tidak pernah membuka mulut samada untuk menafikan tuduhan berat itu apatah lagi untuk mengiyakannya.

Bagi rakyat yang selama ini ternanti-nanti untuk mengetahui kedudukan sebenar dan juga kebenaran disebalik misteri Anwar-Shamsidar sudah tentunya menunggu perbicaraan yang bakal menjelang dengan penuh debaran.

Agak lucu apabila media melaporkan PKR akan menganjurkan Himpunan Shamsidar bagi menghalang isteri Azmin itu mengambil tempatnya sebagai saksi apabila tiba masa perbicaraan kelak.

Mungkin penyokong PKR menjangka perbicaraan yang melibatkan bos mereka kali ini akan menjadi hebat dan sensasi daripada perbicaraan liwat kedua.

Namun parti yang kononnya mendokong dan sering melaung-laung di jalanan untuk menegakkan keadilan kini menjadi golongan yang sama untuk memusnahkan institusi keadilan apabila kepentingan mereka terancam.

Adakah pihak pembangkang bermimpi bahawa para hakim di negara ini mudah untuk ditakut-takutkan dengan demonstrasi ataupun perhimpunan demi melindungi kepentingan seorang yang terbabit dengan pelbagai dakwaan kepincangan akhlak dan moral?

Jika benar Anwar adalah manusia 'suci' dan 'maksum' yang diyakini oleh penyokong PKR, maka usahlah gundah dan gulana menghadapi perbicaraan yang bakal menjelang.

Sudah tentu 'kesucian' dan 'kemaksuman' diri Anwar akan terserlah jua sekiranya beliau di pihak yang benar!

Maka janganlah dilayan sangat desas desus bahawa perbicaraan ini adalah satu lagi konspirasi politik berpanjangan untuk meranapkan impian Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi anggaplah masa untuk mengangkat tirai kebatilan sudah tiba.

Hot !!! Amukan Di Restoran Nasi Kandar Awal Pagi Sambutan Tahun Baru.

Amuk di kedai nasi kandar
Gambar CCTV Menunjukan lima lelaki yang mengamuk 

Amuk di kedai nasi kandar
Pekerja restoran bahagian dapur cedera di kepala akibat di tetak.

KULIM - Pengunjung sebuah restoran nasi kandar di sini bertempiaran menyelamatkan diri apabila lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu mengamuk serta mencederakan empat pekerja restoran itu awal pagi kelmarin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada penyerang itu hanya kerana lambat dilayan.

Menurut seorang saksi, kejadian kira-kira jam 1.40 pagi bermula apabila seorang lelaki masuk ke restoran itu untuk membeli makanan.

"Dia masuk dan beratur bersama pelanggan lain. Mungkin kerana berasa dirinya lambat dilayan, dia memarahi seorang pekerja restoran sebelum masuk ke ruang hidangan dan membelasah pekerja itu.

"Tidak lama kemudian, empat lagi rakan pelanggan panas baran itu yang sedang menunggu di luar kedai, meluru masuk membawa parang dan kayu, sambil melibas ke arah pekerja dan pelanggan.

"Mujurlah ketika itu pelanggan-pelanggan sempat lari menyelamatkan diri," katanya.

Kumpulan penyerang itu juga merosakkan beberapa perkakas di restoran tersebut, termasuk kerusi meja dan tempat meletak makanan.

"Seorang daripada penyerang itu masuk dan mengamuk di kawasan meja juruwang," katanya.

Seorang daripada empat pekerja itu parah ditetak di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua empat mangsa amuk itu mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Kulim.

Katanya, wajah kelima-lima penyerang itu berjaya dirakam melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di restoran tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah orang tempatan dan nombor pendaftaran kereta yang mereka gunakan adalah palsu.- Sinar

Hot !!! Demi Kerana Suami, Datuk Siti Nurhaliza Berhenti Membuat Persembahan Seketika


PETALING JAYA- Usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang mengalami patah bahu akibat kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember lalu perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi memulihkan kesihatannya.

Isterinya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkata, akibat kejadian itu beliau akan memberikan tumpuan untuk menjaga suaminya itu sepanjang tempoh rawatan tersebut.

“Siti dan suami telah pun selamat pulang ke tanah air sejak 29 Disember lalu setelah lebih dua minggu berada di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana kondisi suami kembali pulih dan beliau sedang mendapatkan rawatan fisioterapi kerana kecederaan tersebut.

“Kami berharap agar dapat diberikan ruang dan masa untuk menghadapi situasi ini sehingga Datuk K pulih,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Siti turut memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat memenuhi permintaan mereka yang mahu mendapatkan kenyataan mengenai perkembangan terbaharu suaminya itu.

Menurut Siti, Datuk K yang masih menjalani beberapa rawatan susulan pada masa ini dinasihatkan oleh pihak doktor agar berehat dan mengehadkan kehadiran tetamu yang mahu melawat.

“Siti dan keluarga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua pihak untuk Datuk K dan berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan keadaan beliau buat masa ini,” katanya.

Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Datuk Seri Tun Najib Razak Sempena Tahun Baru 2013



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian,

Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahun baru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.

Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama Prakarsa Transformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesan inisiatif ini amat positif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. Laporan Bank Dunia, "Doing Business 2013" misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan "World Competitiveness Yearbook 2012" telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Rakyat Malaysia Yang DiKasihi,

Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013, serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjaya perlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki. Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladan daripadanya. Untuk meneruskan usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlu membina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung Dasar Transformasi Nasional.

Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan Falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kedua, meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan.

Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkan oleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Keempat, untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untuk membina sebuah kehidupan. Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan anak-anak, sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluarga yang kukuh, kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.

Rakyat Malaysia Yang DiHormati,

Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinari Malaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi serta teliti, dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari hari semalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.

Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. Tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukan sesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita.

Saya dan Kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dokongan padu tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akan menggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagi membina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepati segala janji dan komitmen yang diberi.

Rakyat Malaysia Sekalian,

Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan halatuju yang jelas. Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-ibu pengasas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air mata dan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysia terus mara ke hadapan atau berundur.

Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang, tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yang majmuk, dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang. Kemungkinan itu suatu rahmat. Kemungkinan itu asas aspirasi. Saya menyeru untuk kita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia muncul sebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar.

Akhir kata, saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatan kepada semua rakyat Malaysia.

Selamat Tahun Baru 2013.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Video Eksklusif !! Ustaz Fathul Bari Memperjelaskan Hukum Umat Islam Meraikan Perayaan Agama Lain

Ramai Umat Islam kini tanpa menyedari akan hukum meraikan perayaan agama lain sebenarnya boleh merosakan akidah sebagai seorang yang beragama Islam.

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita tidak boleh ambil mudah akan isu meraikan perayaan agama lain dan bagi yang bukan beragama Islam perayaan kepercayaan agama yang di anuti mereka tidak pernah di halang di Malaysia.

Bagi yang masih samar akan hukum meraikan perayaan agama lain, Ustaz Fathul Bari melalui ceramah perdananya di Kupang, Baling telah mengulas panjang lebar apabila di tanya oleh seorang penduduk Kupang " Apakah Hukum Meraikan Perayaan Agama Lain"


Kalimah Suci Allah S.W.T Hanya Untuk Umat Islam - JAKIM


Sejak akhir-akhir ini, isu penggunaan kalimah Allah menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia terutamanya Umat Islam Malaysia yang terkejut apabila pemimpin dalam DAP Lim Guang Eng menyuarakan agar penggunaan Kalimah Allah di guna pakai di dalam Bible di benarkan di Malaysia.

Bagi PAS, permintaan pemimpin DAP itu tidak menjadi masalah bagi PAS, kerana isu penggunaan kalimah Allah di dalam Bible tidaklah begitu mustahak berbanding keuntungan politik di dalam menjadi penjilat DAP. 

Sekira di lihat sikap tidak ambil kisah PAS di dalam isu kalimah Allah, tidak hairan la pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dengan lantangan di dalam akaun twitternya mempertahan tindakan Lim Guan Eng yang bersuara mahukan kalimah Allah di guna pakai dalam Bible kerana PAS sudah memberi kebenaran kalimah Allah di guna pakai dalam Bible tanpa mengira sensitiviti Agama.


Namun bagaimana pun, pihak JAKIM dengan tegasnya kelmarin menyatakan penggunaan kalimah Allah hanya berhak di guna pakai Umat Islam sahaja sepertimana yang di putuskan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada bulan Mei 2008.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, kalimah ALLAH merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah dan oleh itu umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Katanya, sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama Islam, umat Islam dan rakyat Malaysia.

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali.

Justeru, Jakim menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama," katanya. - Bernama

Pelik Tapi Benar !!! Kambing Di Lahirkan Berwajah Manusia


Di Banda Acheh, seekor anak kambing telah mengejutkan masyarakat setempat apabila lahir dengan wajah mirip manusia di Meunasah Mon Krueng Raya, Kecamatan Mesjid Raya, Aceh Besar.

Sejak pagi tadi rumah Abdul Aziz (21), sang pemilik kambing, dipenuhi warga yang datang untuk melihat langsung keunikan anak kambing berkepala hitam itu. Mereka penasaran usai mendengar informasi yang tersebar dari mulut kemulut.

Aziz mengaku sudah 10 tahun memelihara kambing namun baru kali ini dikaruniai yang berwajah aneh seperti monster.

"Kambing saya ada 15 ekor, tapi ini satu yang aneh," katanya kepada wartawan disela melayani orang-orang yang melihat kambingnya, Sabtu (29/12/2012).

Kambing itu lahir pada Jumat, 28 Desember sore kemarin di kandang samping rumahnya. Induknya berwarna putih terlihat normal seperti kambing lainnya. Pada hari itu lahir dua ekor kambing dari induk yang sama.

"Yang satu lagi tidak terdapat keanehan, dia normal. Warnanya hampir sama, putih cuma kepalanya berwarna coklat. Yang ini kepalanya hitam," ujarnya.

Sekilas wajah kambing ini mirip manusia purba. Memiliki dua mata di bawahnya ada tonjolan yang persis seperti hidung manusia. Tapi ini bukan hidung sebab tak ada lubang untuk pernafasan. Kambing ini bernafas melalui mulut yang melengkung di wajahnya, tidak moncong seperti kambing lainnya.

Beberapa jam setelah lahir, kambing ini tetap mampu berjalan tertatih-tatih. Keempat kakinya normal seperti kambing lainnya. Namun sejak siang tadi kondisinya mulai melemah karena selain tidak mendapatkan ASI langsung dari induknya, ia juga tak bisa beristirahat dengan tenang karena banyak orang mengusiknya.

Aziz menuturkan sejak lahir, kambing ini tidak disusui induknya. "Mungkin dikira bukan anaknya, lagian wajahnya ngak mirip kambing. Karena tidak disusui tadi malam dia terus menangis," tururnya.

Agar bisa terus bertahan hidup, Aziz memeras sendiri susu dari induknya, kemudian memberikannya melalui alat injeksi. Ia juga memindahkan kambing ini ke dalam ruang tamu rumahnya, supaya bisa leluasa beristirahat. Orang yang datang masih bisa melihat kambing ini dari balik kaca jendela.

Bukan hanya wajah yang aneh, suara tangisan kambing ini juga tidak mirip kambing normal lainnya. "Biasanya kalau kambingkan embek..embek gitu, tapi ini ngak. Suaranya agak mirik kayak bayi, tapi ini lain lagi," ceritanya.

Aziz mengaku tak memiliki firasat apa-apa sebelum mendapatkan kambing seperti ini. "Apakah ini rezeki atau ujian kepada saya, saya serahkan pada Allah semua," ungkapnya.

Meski sedikit pesimis kambing ini akan mampu bertahan, namun Aziz mengaku tetap akan merawat kambing ini semampunya. "Belum ada niat saya untuk menjualnya, walaupun hari ini sudah beberapa orang menawarkan tapi belum ada keputusan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog