pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 8, 2012

Pendedahan tentang Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS merugikan Negeri


Pada 12hb ni akan ada satu majlis pecah tanah di dua tempat yang berbeza di Langkawi. Satunya di Pulau Tuba iaitu tapak yang dicadangkan untuk membina Sekolah Tahfiz Sains. Dan yang keduanya pula bertempat di tapak Hotel bajet Metro Giant di Pokok Asam, Langkawi. Kedua-duanya akan dihadiri oleh Ustaz Azizan sebagai perasmi majlis tersebut.

Persoalan yang timbul ialah dari manakah Kerajaan Negeri nak cekau duit untuk pembangunan kedua-dua tempat tersebut? Difahamkan peruntukkan kedua-dua projek tersebut adalah datang dari Permodalan Kedah Berhad (PKB), salah satu dari anak syarikat Kerajaan Negeri. 

Sekolah Tahfiz Sains melibatkan kos berjumlah sebanyak RM20 juta atau lebih. Kos pembinaan hotel bajet pula dianggarkan dalam lingkungan yang sama. Tolak campur bahagi darab, Kerajaan PAS Kedah sudah berhutang sebanyak RM40-50juta dah dalam jangkamasa tidak sampai setahun. Sebenarnya PAS lagi hebat bila berhutang. Baru setahun sudah hampir RM100 juta. Mengapa hendak pertikaikan hutang BN pula? Sedangkan BN memerintah selama hampir 50 tahun, hutang yang tinggal kepada PAS cuma RM710juta sahaja!!

Jika dihitungkan selama 50 tahun BN memerintah Kedah, BN hanya buat hutang sebanyak RM13.9 juta setahun. Berbeza dengan PAS sekarang. Baru setahun sudah berhutang sebanyak RM100 juta dah. Bayarnya pula baru RM10 juta. Hebatkan PAS ini mentadbir Kerajaan? Yang cerita menariknya juak-juak PAS pukul canang keliling Kedah Kerajaan PAS Kedah sudah bayar hutang sebanyak RM10 juta. Yang tambah hutang juak-juak PAS ni tak mahu ceritakan juga ker?



Bukan kami ni penentang kemajuan, cuma jika kita nak lihat dari segi faktor hutang. Pas lagi banyak membuat hutang dari kerajaan BN. Simpanan takdak, projek nak buat, hutang saja lebih. Kalau setahun buat hutang RM100 Juta, tapi cuma bayar RM10 Juta setahun. Bila hutang nak selesai? makin lama makin parah ada la.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog