pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 15, 2012

Panas!!! DAP Penang rompak harta rakyat..Sebarkan..

Isu keceluparan mulut pemimpin DAP yang menghina wartawan adalah 'pelacur' masih tidak dijawab oleh Lim Kit Siang dan kroni beliau, Lim Guan Eng sehingga ke hari ini.

Biasanya, Guan Eng akan cepat respons jika beliau dicabar atau dipersoalkan tetapi kali ini beliau masih belum jawab. Sama juga dengan skandal terbaru yang sedang panas di Penang hari ini.

Apa cerita ni Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Penang merangkap kroni tegar Lim Kit Siang?

Sekarang beliau buat hal lagi dengan kontroversi perjanjian Bayan Mutiara yang sedang hangat di Pulau Pinang.

Baru-baru ini Guan Eng selaku Pengerusi PDC  telah mengumumkan bahawa PDC milik kerajaan (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang), telah menjual sebidang tanah yang super-prima di Bayan Mutiara kepada pemaju swasta untuk RM1.1 bilion.Tanah ini adalah salah satu kawasan yang paling strategik di Pulau Pinang kerana laut menghadapi lokasi bidang hadapan dan strategik kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Persoalannya,

1. Kenapa tanah ini perlu dijual ?
2. Apakah PDC semakin mundur kepakaran pekerjanya di bawah Guan Eng DAP hingga tidak mampu membangunkan sendiri tanah Pulau Pinang?Tanah yang dibangunkan oleh pihak swasta tidak sama jika dibangunkan oleh kerajaan negeri sendiri. Dalam masa yang sama, Guan Eng dilihat mahu tampak cemerlang di atas kertas tetapi sebenarnya terburai mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan.MiM simpati dengan rakyat Penang yang selama ini terpedaya dengan wayang kulit DAP ini.

Sebagai Ketua Menteri Penang, Guan Eng DAP dituntut untuk menjawab secara telus tentang skandal Bayan Mutiara ini. Dan janganlah berdolak dalih lagi. Rakyat Penang sudah muak dengan putar belit kroni tegar Lim Ki Siang ini.
Sumber: MIM

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog