pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, February 12, 2012

Panas !!! Adam Adli kencing dalam seluar di Balai Polis







AMUKAN PENDUDUK KG IDAMAN -HERO MUDA PR LARI TERKENCING


 Sumber darihttp://vocal-act.com

KEADAAN DEWAN KG IDAMAN
11 February 2012 boleh dianggap igauan ngeri bagi geng Adam Adli dan rakan-rakan setelah ceramah yang dianjurkan oleh PKR Klang dan KAMI ditentang oleh anak-anak muda tempatan itu sendiri. Seawal 8 malam, terdapat ratusan anak muda telah berkumpul di dewan serbaguna Kg Idaman untuk membantah ceramah itu daripada diteruskan. Provokasi dari pihak PKR telah membuatkan penduduk kampung berang dan bertindak mennyelerakkan kerusi yang telah disusun. Tidak cukup dengan itu, sekali lagi provokasi pihak PKR menggunakan sistem pembesar suara membuatkan kemarahan penduduk semakin membuak-buak. Sistem audio ditutup sebagai tanda bahawa penduduk Kg Idaman benar-benar menolak kehadiran Adam Adli. Ketika itu, 3 anak muda tempatan telah ditahan oleh pihak polis untuk tujuan siasatan lanjut. Mereka telah dibawa ke balai polis Pandamaran untuk diambil keterangan.

EHSAN BIADAP BERPELUKAN (BALAI POLIS PANDAMARAN)
Di balai polis Pandamaran, sekali lagi pihak PKR melalui Ehsan Bukharee (gangster couple of the year) mengapikan lagi kemarahan penduduk kampung yang menunggu disitu. Ehsan tanpa rasa hormat dan rendah diri telah menunjukkan isyarat bagus kepada salah seorang kepada penjaga yang ditahan. Tindakan provokasi itu membuatkan kemarahan penduduk kampung ketahap maksimum. Rombongan Adam Adli dan kawan-kawan telah dihujani ludah (kahak pekat) penduduk kampung yang berang dengan tindakan kurang ajar mereka. Tidak cukup dengan itu, rombongan mereka yang menggunakan 3 kenderaan VIVA, Storm dan BMW telah diiring dengan balingan telur dan batu. Semua yang hadir dapat melihat muka taiko Ehsan Bukharee pucat kerana terkejut dengan tindakan orang ramai (penakut rupanya) . Kejadian itu berlanjutan ke IPD Klang dimana semua yang ditahan dibawa untuk dikawad cam.

ADAM ADLI KETAKUTAN
Disitu terdapat puluhan AMK hadir menunjukkan sokongan terhadap geng Adam Adli yang dahulunya dikenali dengan entiti kebangkitan anak muda yang tampil tanpa sokongan mana-mana pihak politik. Tidak cukup dengan itu, kini giliran saudara-mara penduduk yang menunggu di kawasan luar IPD diganggu dengan golongan AMK ini. Kumpulan AMK ini berkumpul bersebelahan dengan kumpulan penduduk tempatan untuk tujuan mencetuskan kekacauan. Tetapi telah dihalau beberapa meter oleh salah seorang penduduk kampung. Lebih kurang jam 3.30 pagi kelihatan kenderaan Storm dan Viva yang dipandu laju keluar meninggalkan IPD Klang. Selang 5 minit selepas itu pihak AMK juga meninggalkan perkarangan IPD Klang. Tetapi penduduk setempat tetap menunggu di kawasan IPD sebagai tanda sokongan moral terhadap yang ditahan.

KEADAAN DI IPD KLANG
Hasil wawancara kami dengan salah seorang penduduk tempatan yang ada disitu menyatakan tindakan provokasi Ehsan Bukharee adalah punca sebenar kekacauan itu berlaku. Tindakan Ehsan Bukharee yang tidak mengenal erti menghormati perasaan pihak keluarga penduduk membuatkan mereka tidak dapat mengawal kemarahan. Mereka juga mengingatkan golongan seperti Adam Adli, Ehsan Bukhari dan rakan-rakan mereka supaya tidak menjejakkan lagi kaki di bandar Klang. Terbukti mereka menolak kebiadapan golongan boneka politik PKR ini.

Maklumat :-Klik Sini  





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog