pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 15, 2012

Panas!!! Timbalan Perdana Menteri mengamuk di Kedah

Tonton "tpm di kedah" di YouTube

POKOK SENA , 14 Feb – Kedah merupakan “ winnable state ” (negeri yang boleh dimenangi) Barisan Nasional ( BN ) jika pemimpin - pemimpin BN negeri terutama UMNO mampu menyelesaikan masalah dalaman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketika ini rakyat semakin menyedari kelemahan kerajan negeri yang ditadbir Pas , yang tidak berupaya meneruskan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini .

Katanya ada perubahan pada sentimen dan sikap pengundi terhadap dasar- dasar kerajaan pusat di mana rakyat Kedah sedar BN mampu untuk membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan .

“ Kami yakin boleh menang di Kedah tetapi bersyarat. Sebahagian besar pengundi kini beralih kepada BN tetapi kita tetap perlu kerja kuat. Kami tak boleh ambil mudah dan selesa . Kami ( BN ) mengambil pendirian tegas bahawa kami perlu bekerja dengan sangat keras ,” katanya selepas Majlis Bersama

Rakyat di Padang Awam Desa KEDA , Batu 13 di sini hari ini . Katanya rakyat kini memahami mengenai Pas dan kegagalan Pas yang begitu nyata dan ramai peniaga terutama orang Cina mengatakan kerajan negeri tidak pro- perniagaan .

“ Tak ada usaha bawa pelaburan dan tingkatkan kegiatan ekonomi. Nampak ada kekecewaan dan ada kesedaran baru pilihan raya umum akan datang mereka akan beri semula kepada BN .

“ Kami tidak ambil perkara ini sebagai mudah . Kami pembangkang kena berfikir secara pembangkang untuk tebus kekalahan di kerusi negeri dan parlimen . Saya dah beri nasihat tentang pentingnya mereka selesaikan masalah di bahagian -bahagian, ” katanya .

Beliau berkata selain itu, kerjasama UMNO dan parti komponen BN lain paling utama dan walaupun kesedaran untuk kerjasama itu bertambah baik tetapi masih belum memadai. “ Perlu ada komitmen dan usaha - usaha kerja lebih teratur antara BN dan UMNO Kita juga perlukan dapatkan pengundi orang muda,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abdul Rahman , Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom , Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri .

Published with Blogger-droid v2.0.4

4 comments:

Anonymous said...

UMNO Kedah.pi mai pi mai tang tu juga lah.

tak percaya hangpa tengok.

bila TPM nak mai baru nak buat kerja

lepas ni PM nak mai baru nak buat kerja..

lepas tu lenaaaaaaa.

depa ingat nak lawan dgn PAS/PKR/DAP macam pulut dgn durian.

aku dok dibawah tahu lah apa rakyat cakap.

pisau kedah said...

ha,ha,awat hampa inggat PKR,PAS dan DAP boleh seiring ka setelah berjaya mentadbir Kedah??hampa tenggok la dalam pas pun dok bertelagah. sesama depa..dok cantas macam tu juga,,dok berebut jawatan juga,,berebut nak jadi calon juga,hanya yang berada di luar perjuangan umno sahaja yang bercakap seperti di atas..

Anonymous said...

nak habak kat pisau kedah;

sapa jadi kerajaan pun sama saja.yg senang depa juga.yg nak mampus ni yg dibawah.

yg BN belanja dan murah hati ni kerana PM tau pembangkang kuat.depa pun janji hebat juga.

untung juga bila pembangkang kuat.Rakyat dapat faedah berganda.Pembangkang beri pun ambil.BN beri pun ambil.

Kita di Kedah eloklah kekalkan macam yg ada hari ini.Kedah bagi PAS perintah.Pusat bagi BN perintah.Adil lah tu.

UMNO jadi pembangkang di negeri Kedah.PAS pula jadi pembangkang di pusat

Baru ada suara rakyat dapat didengar.Kalau tidak pemimpin UMNO ke PAS ke tak mau dengar cerita rakyat..

Ni lah untung bila pembangkang kuat.Baru BN dan UMNO kerja kuat sikit.

Politik zaman baru bukan baru 54 tahun dulu boleh lah.

Dalam UMNO pun kecoh juga tak habis lagi.Depa dok pulun buat harta je.Mana aji lagu tu.

Negara demokjrasi rakyat bebas buat pilihan mana yg mereka suka dan terbaik.Yg jelas bila pembangkang kuat rakyat dilayan cukup bagus sekali.

Anonymous said...

awat PR janj depa tunai ka??hampeh.nak masuk PRU 13 dah oiii,,mana pi janji manifestor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog