pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, February 28, 2012

Panas!!! Kemelut dalaman PAS Kedah kini terdedah,wajib baca

Lapan orang Exco telah dilantik semula. Manakala dua orang lagi Exco yang sebelum ini telah memutuskan untuk tidak menyertai barisan Exco Kedah yang ‘diperbaharui’, tetap tidak bersama-nsama barisan Exco berkenaan.

Taulan Mat Rasul dan Hamdan Che Khalib yang sebelum ini turut bersama-sama dalam kumpulan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, rupa-rupanya kecut perut apabila diancam akan diambil tindakan disiplin oleh PAS Pusat.PAS akan mengeluarkan surat penolakan Exco oleh Phahrolrazi dalam Malaysiakini.

Tujuannya mudah,PAS mahu rakyat Kedah melihat dan menghilangkan persepsi bahawa PAS Kedah sedang bergolak dengan hebat. PAS Kedah hendak menimbulkan tanggapan bahawa penolakan jawatan Exco oleh Phahrolrazi adalah disebabkan faktor enggan disambung tugas dan tanggungjawab sahaja walaupun sebenarnya Phahrolrazi Zawawi tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang telah ‘merampas’ tugasnya sebelum ini.

Bagaimanapun, kumpulan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi boleh menarik nafas lega apabila ‘orang dalam’ pucuk pimpinan utama PAS mengesahkan bahawa Azizan Abdul Razak akan ditolak keluar daripada saf kepimpinan utama selepas Pilihanraya Umum nanti. Dengan kata lain, PAS Kedah tidak bersendirian membenci Azizan Abdul Razak, tetapi yang lebih buruk lagi ialah, kebencian keterlaluan barisan kepimpinan PAS Pusat terhadap Menteri Besar Kedah itu.

Kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah menyaksikan campurtangan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. PAS Pusat akhirnya masuk campur setelah mendapati kemelut ini tidak akan berakhir walaupun majlis angkat sumpah Exco berjalan dengan lancar dan baik.

Kehadiran barisan Exco PAS pada majlis angkat sumpah hari ini adalah di atas permintaan PAS Pusat,bukan di atas kerelaan Exco-Exco tersebut. Kerana itulah,tukang-tukang propaganda PAS dikerahkan membuat propaganda kononnya,tidak ada kemelut yang berlaku di Kedah, sebaliknya ia hanyalah pukul canang UMNO dan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, tukang-tukang propaganda
tersebut tidak pula dapat menerangkan siapa sebenarnya yang memulakan kemelut tersebut kalau bukan Phahrolrazi Zawawi dan Hamdan Che Khalib serta Taulan Rasul dan Dr. Ismail Salleh.

Seperkara yang sangat jelas ialah, Dewan Ulama PAS Kedah (DUPK) dan kumpulan Adnan Saad masih tetap dengan pendirian mereka walaupun telah dinasihati oleh Salehuddin Ayob agar tidak memberikan imej negatif kepada PAS Kedah. Kumpulan Adnan Saad masih lagi berpendirian, selagi Azizan Abdul Razak masih menjadi Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, mereka tidak akan memberikan kerjasama walaupun pada PRU akan datang.

Salehuddin Ayob yang merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan Anwarinas telah ‘diberikan tugas’ untuk memujuk Azizan Abdul Razak agar bercuti buat sementara waktu dan tugas Menteri Besar dipangku oleh Taulan Rasul. Phahrolrazi pula sedia untuk bercuti bagi semua tugas kecuali sebagai Timbalan Pengarah JPP.

Dalam pada tukang-tukang propaganda PAS begitu sibuk memukul canang kononnya majlis angkat sumpah Exco Kedah tidak disabotaj oleh pemimpin mereka sendiri, sesuatu yang amat jelas dan tidak boleh dinafikan ialah ketiadaan EMPAT ORANG ADUN iaitu Phahrolrazi Zawawi – ADUN Pengkalan Kundur, Dr. Ismail Salleh – ADUN Alor Mengkudu, Lee Guan Aik– ADUN Kota Darulaman dan Mohd Nasir Mustafa – ADUN Kubang Rotan.

Ketidakhadiran keempat-empat ADUN tersebut merupakan satu petanda, PAS Kedah sebenarnya tidak mampu menutup kemelut yang sedang melanda dan sedia memecahkan kesatuan Pakatan di Kedah. Tukang propaganda PAS boleh sahaja memberikan pelbagai cerita-cerita menarik untuk menutup masalah yang melanda, tetapi mata yang memerhati dapat menilai bahawa kemelut itu
tidak selesai, sebaliknya baru sahaja bermula.

Gerakan untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah sudah masuk ke fasa kedua dengan tukang propaganda PAS semakin giat berusaha untuk melindungi perkara sebenar kerana bimbang gerak kerja Anwarinas akan dapat dicium serta dipatahkan!

Sumber :- kedahan69ers.com/?p=269#more-269

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Merah Kuning Tiga Belas said...

Salam Sahabat Seperjuangan,
Mohon link ke blog kami
http://selangor13.blogspot.com
Terima Kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog