pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, February 24, 2012

Panas!!! Tok guru agama bidas Bai'ah PAS

KOTA BHARU 23 Feb. - Tokoh agama yang juga pengasas Pondok Geting,Abdullah Sa'amah menyifatkan, bai'ah Pas adalah bai'ah palsu dan sekiranya dilanggar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Beliau berkata, ini kerana bai'ah itu hanya bermotifkan politik dan dilakukan kerana pemimpin Pas takut kehilangan kuasa apabila ada dalam kalangan wakil rakyat mereka berkemungkinan lompat parti selepas pilihan raya umum nanti.

Katanya, Pas kini semakin tertekan melihat sokongan rakyat semakin meningkat kepada UMNO yang dilihat lebih komited dalam menegak dan mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.

"Mereka membuat bai'ah kerana menganggap mereka betul dan benar. Bai'ah Pas bai'ah palsu dan kata-kata celaka dunia akhirat sekiranya melanggar adalah kata-kata kosong, tidak memudaratkan dan tidak perlu gusar.

"Pas membuat bai'ah kerana mereka tertekan sokongan terhadap UMNO semakin gagah (kuat) dan Pas takut UMNO menang, maka akan ada wakil rakyat Pas lompat parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, benar bai'ah dibenarkan dalam Islam dan para sahabat Rasulullah SAW juga pernah berbai'ah kepada nabi kerana baginda jelas memperjuangkan kemuliaan agama Islam.

"Apa yang perlu dibuat ialah Pas dan UMNO kena berbai'ah untuk mempertahankan kemuliaan Islam dan orang Islam," katanya.- Utusan

Jom layan Tok Guru Haji Abdullah Sa'amah kata haram undi PAS haram kerana mahu meruntuhkan Madrasah Salihiah Kanchut,Alor Setar

Tonton "madrasah salihiah.wmv" di YouTube

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Anonymous said...

thanx ustaz,

semakin ketara kesesatan puak pas ni...

teruskanlah dgn kesesatan anda sebab kebenaran akan muncul juga akhirnya...

pejuang hamas...

stereng luih said...

Salam bro!

pohon link blog gue..

tq!

SL..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog