pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 22, 2012

Panas!!! Empat Exco kerajaan Negeri Kedah letak jawatan ???

Alor Setar, 22 Febuari 2012

Menteri Besar Kedah dijangka akan memohon perkenan daripada pihak Istana untuk membubar DUN Kedah bulan depan. Pembubaran DUN Kedah ini di sebabkan desakan daripada semua Wakil Rakyat PAS yang menjawat jawatan Exco dalam Kerajaan negeri.

Phahrolrazi (gambar) antara yang terlibat dalam mendesak Azizan Razak selain daripada Dr. Ismail dan beberapa orang Wakil Rakyat PAS yang melakukan
sedemikian. Menurut laporan dari Wisma Darulaman 4 Pejabat Exco Kerajaan Negeri Kedah telah di kosongkan pagi tadi.

Azizan Razak hari ini berhadapan satu lagi AZAB DUNIA daripada Allah SWT selaku PEMEGANG AMANAH RAKYAT, ini oleh kerana beliau telah berlaku ZALIM terhadap Ugamanya dan dasar perjuangan PAS seperti yang tertera dalam perlembagaan PAS pada Fasal 5 dan Fasal 6 seperti yang tertera di bawah ini.

Fasal 5 : Tujuan PAS

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan,tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Sumber maklumat :- padijantan.blogspot.com/2012/02/pru-jadi-prn-kedah-bubar-dun-bulan.html?m=1

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

meUher said...

Mahligai kertas dah mula robek.....mari kita terus bakar! Mana mancis, bak sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog