pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, February 8, 2012

Betul ka Tok Jijan nak letak jawatan ????

MB Kedah Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat???...


Khabar angin bertiup kencang di negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman, bila dikatakan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Razak akan meletak jawatan dalam masa terdekat dari sekarang.

Menurut sumber yang enggan disiarkan namanya, seorang rakannya memberitahu bahawa surat perletakan Azizan sedang disediakan dan beliau akan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar dalam masa terdekat.

“MB Kedah nak letak jawatan…tunggu dalam masa terdekat,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, sumber tidak dapat memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar itu, di Wisma Darulaman.

Azizan kini dihentam teruk oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ekoran isu penggantungan lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikatakan menyebelahi semangat AUKU yang disifatkan sebagai zalim oleh pemimpin gabungan parti pembangkang itu.


Antara yang vokal meminta Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar ialah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pimpinan tokoh Parti Keadilan Rakyat, Chegu Bard, dan Pemuda DAP Pulau Pinang, Steven Sim.

Sebelum ini, Azizan pernah mengaku didesak oleh penyokong Pas Kedah untuk meletakkan jawatan ekoran ketidakpuasan hati mereka kepada corak pentadbiran beliau yang dikatakan ‘ala-ala Barisan Nasional’ dan tidak melakukan apa-apa perubahan seperti di Kelantan.

“Perkara itu sudah lama, ketika itu kita baru saja mengambil alih Kedah. Takkanlah saya nak buat perubahan drastik sedangkan baru memerintah negeri."

“Situasi kedua-dua buah negeri berbeza, penerimaan pun mungkin berbeza kerana Kelantan majoriti penduduknya Melayu,” jelas Azizan pada ketika itu.

Azizan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah dan dilantik menjadi Menteri Besar setelah memenangi pilihanraya negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008.

Maklumat ;- Kulaan Niring

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog