pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, February 7, 2012

Selamatkan Madrasah Salihiah..

Mahkamah Tinggi Alor Setar menetapkan 21 Februari untuk sebutan kes saman yang difailkan oleh anggota jawatankuasa surau Madrasah Salihiah terhadap kerajaan negeri untuk menghalang surau itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks beli-belah bernilai RM500 juta.


Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nabisha Ibrahim membuat keputusan itu dalam kamar untuk membolehkan semua pihak mengemukakan afidavit sokongan mereka bagi kes berkenaan. Jamludin Murad, 67, yang memfailkan writ itu pada 9 Jan bagi pihak anggota jawatankuasa surau menamakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), pejabat tanah Kota Setar dan kerajaan Kedah masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.


Dalam writ itu, beliau memohon supaya diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah keputusan Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 4 Julai lepas untuk membenarkan pemaju membayar pampasan kepada MAIK bagi tanah wakaf yang diperoleh itu. Beliau turut memohon perisytiharan bahawa keputusan MAIK pada 21 Jun tahun lepas bahawa surau itu perlu dikekalkan demi manfaat anggotanya adalah sah dan mengikat.


Dalam pernyataan tuntutannya, Jamludin berkata surau itu dibina pada 1909 di atas tanah kepunyaan keturunan seorang yang bernama Hajah Aisyah sebelum diserahkan kepada MAIK sebagai tanah wakaf khas.


Beliau mendakwa Jawatankuasa Fatwa membenarkan pemaju untuk membayar
pampasan bagi tanah itu kepada MAIK, dan MAIK bertanggungjawab untuk mencari tapak gantian.Pemaju juga dikehendaki membina surau berasingan daripada pusat beli-belah itu atau di tingkat bawah premis berkenaan.


Jamludin berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa itu menyebabka pejabat tanah daerah mengarahkan jawatankuasa surau supaya mengosongkan tanah berkenaan. Beliau diwakili oleh peguam Ahmad Rusydi Md
Nor dan Adnan Seman.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog