Timbalan Tok Ketua PAS ketakutan untuk berhadapan
Dakwaan
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 22 Februari ini keputusan permohonan
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengetepikan dakwaan bahawa dia
membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka
yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Amin Firdaus Abdullah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan peguam-peguam, Mohamed Hanipa Maidin dan Aminuddin Zulkifli yang mewakili Mohamad serta Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd. Karim dan Suhaimi Ibrahim bagi pihak pendakwaan.
Mohamad mengemukakan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan tersebut yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Butterworth.
Sumber :-Utusan
No comments:
Post a Comment