pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, February 2, 2012

Panas!!! Lagi ahli Pas tinggalkan Pas..

Cerita kali ini bukan ahli Pas dari Kedah keluar parti Pas,,tapi ahli Pas dari Terangganu keluar tinggalkan parti Pas kerana Pas sudah tidak relevan lagi


Cerita ni kalau haramkah kata ahli umno masuk umno la punya lah nak putar belit cerita,bukan apa tu haramkah hanya tak berani terima hakikat yang sebenar,,Pas dah berada dalam keadaan tenat.


"Ahli PAS tidak lagi percaya pada fatwa sesat

PAS, ambil tindakan menyertai UMNO"


Maklumat :- buletinonlines.net/ahli-pas-tidak-lagi-percaya-pada-fatwa-sesat-pas-ambil-tindakan-menyertai-umno.html


Seramai 320 ahli PAS telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal. Mereka mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh

bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.


Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul. Dalam temubual bersama Ibrahim Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Pak Andak, beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub,daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram

dimakan.


Dalam majlis yang sama, Hj Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Marang yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan. Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang

selama ini dicanang dalam perjuangan mereka.


Zakaria said atau lebih dikenali sebagai Pok Ya,menjawab pertanyaan, beliau meninggalkan PAS setelah hampir 20 tahun kerana tidak lagi percaya kepimpinan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya. Sikap bermuka-muka PAS jelas terbongkar ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999.


Kecewa dengan sikap PAS yang lebih suka menabur fitnah daripada berbudi juga mendorong Kharani Bt Mohd Hassanmengambil keputusan keluar daripada PAS. Menurutnya lagi,dia akan sedaya upaya membantu UMNO bagi

menyedarkan rakan-rakannya yang masih dalam PAS untuk menyokong perjuangan UMNO.


Hadir sama pada majlis Anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu itu ialah Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, YB Haji Razif Bin Abd Rahman,Pengerusi

Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, serta Pengarah APMT Haji Roshali Bin Taha. Menteri Besar juga memberi sedikit amanat agar mereka dapat sama-sama turun padang dan

berjuang bersama agar Barisan Nasional akan terus memegang tampuk pemerintahan dan seterusnya membela rakyat khususnya bangsa Melayu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog