pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, February 12, 2012

Panas!!! Adun Siam Doll gagal mentadbir kawasannya.

4 Sekeluarga Tinggal Bawah Rumah.

TANJUNG DAWAI -Kesempitan hidup menyebabkan sebuah keluarga diKampung Sungai Derhaka dekat sini terpaksa menumpang tinggal dibawah sebuah rumah sebagai tempat berlindung.

Ahmad Azwan, 26, terpaksa membawa isteri serta 4 orang anak yang masih kecil tinggal dibawah rumah adik iparnya setelah diusir keluar kerana gagal menjelaskan sewa rumah yang disewa sebelum ini sejak 2 bulan lalu.Ahmad yang hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan tidak tetap berkata, dia memilih untuk tinggal dibawah rumah itu kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarga lain.Isterinya, Che Tom Ahmad, 32 pula tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga 4 anak yang berusia antara 5 bulan hingga 7 tahun.

Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain yang melawat keluarga berkenaan semalam berkata, beliau akan menghantar surat permohonan kepada pihak berkenaan untuk membina rumah baru bagi keluarga itu.

Beliau yang terkejut kerana tidak menyangka masih ada keluarga yang terpaksa hidup dalam keadaan seperti itu berkata, permohonan akan dibuat untuk membina 2 buah rumah memandangkan keadaan rumah yang kini didiami oleh adik ipar Ahmad juga sudah terlalu uzur.

Dalam kunjungan itu, Dato' Tajul turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan harian untuk keluarga tersebut.Pengerusi JKKKP Kampung Sungai Derhaka, Ayop Saad pula berkata, beliau mendapat aduan berkenaan perkara itu dari beberapa penduduk kampung yang meminta beliau mencari jalan bagi membantu keluarga berkenaan.Bertindak atas aduan itu katanya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain untuk tindakan lanjut.

"Jadi Dato' pun telah beri tindakbalas yang baik yang mana hari ini beliau telah pun sampai ke sini, dan kita harap perkara ini akan dapat disegerakan," katanya.

Pisau Kedah:-

Jika di lihat Tanjung Dawai merupakan kawasan Hamdan Mohamed Khalib (adun PAS)  dan juga merangkap Exco Belia dan Sukan Kedah.ternyata gagal dalam mengurus tadbir kawasannya.Di mana janji PAS di dalam PRU12,untuk menyediakan rumah kepada golongan yang tak berkemampuan??,Di manakah dasar baru PAS Negara Berkebajikan,setelah menolak dasar Negara Islam hanya semata-mata mahu bersama PKR dan DAP??

Apakah kerana janji-janji Hamdan tidak bertanding pada PRU 13,terhadap orang-orang PAS yang tidak sukakan kepimpinan Hamdan kerana di katakan terbabit di dalam sex bersama Siam Doll,Hamdan tidak ambil peduli masalah kebajikan di kawasannya ??

Bagaimana PAS nak memperjuangkan Negara Berkebajikan sedangkan urus tadbir Negeri pun PAS sudah tidak mampu membuktikan dasar Negara Berkebajikan.apa yang belaku sebalik Negara Berkebajikan,rakyat pulak terpaksa membuat kebajikan pada PAS di setiap ceramah politik PAS dengan pungutan derma ke dalam tabung PAS..

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

TEKOKOPI said...

asmkm...mohon link blog hamba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog