pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, February 4, 2012

Apa nak jadi dengan otai-otai blogger pro BN ?

Maklumat :-aku peduli apa


Aku petik ranking terbaru blog BN vs PR bagi bulan February yang disediakan blogger Cenangau Daunkari.Semakin hari blogger Pakatan Rakyat semakin mengimbangi kekuatan blogger pro BN.Amat jelas dalam Top 10 dan Top 20 perubahan kedudukan yang suatu masa dahulu di ungguli oleh pro BN.

Sudahlah kita masih ketinggalan di arena Facebook,Tweeter dan Youtube,kini blog yang kita dominasi 6 bulan lalu kini hampir di imbangi mereka.Punca nya pada aku tiada lain kerana blogger proBN sibuk BERBALAH dan BERSENGKETA sesama sendiri.Sibuk cuba MENJATUHKAN sahabat sahabat seperjuangan,sibuk MEMBUANG PAUTAN sesama sahabat agar blog mereka jatuh ranking dan tidak dikunjungi.

Ranking
Bulan FebBulan Jan
PRBNMajPRBNMaj
1-10642642
11-2028-6010-10
1-20812-4614-8
1-501832-142030-10
1-100524844951-2 











Inilah MEREKA yang memanggil diri mereka dengan MEGAH mengaku diri mereka konon nya  PEJUANG TULIN dalam Umno dan BN dialam siber.Disamping tidak dinafikan SUMBANGAN mereka terhadap Umno dan BN dalam masa yang sama cuba MEMBUNUH rakan rakan seperjuangan yang tidak sehaluan dengan mereka demi menghapuskan persaingan agar mereka senantiasa kelihatan saperti yang PALING UNGGUL,mungkin kerana ingin merebut DANA(jika ada) yang diperuntukan untuk pilihanraya.

PEJUANG TAIK MINYAK apa kalau tindakan mereka hanya bertujuan menyekat sebaran maklumat lebih luas kepada pembaca yang lebih luas dengan membuang pautan rakan rakan lain?Inikah PEJUANG MEDIA BARU Umno/BN..?Atas rasional apa TINDAKAN ini mereka lakukan?Cuba tanya diri anda sendiri..

Tidak mustahil dalam masa terdekat ini semua bloggers yang jadi mangsa 'DIBUANG PAUTAN' akan bersama sama menyiarkannama nama blog yang mengamalkan sikap hipokrit ini untuk diperlihatkan kepada Perdana Menteri.Masa itu anda semua sediakanlah jawapan yang RASIONAL untuk Perdana Menteri atau anda boleh mengambil jalan mudah dengan MENUDUH semua bloggers yang anda buang pautan mereka adalah TROJAN,MOLE,PENGKHIANAT atau apa saja saperti yang dilabelkan terhadap Anuar Mohd Nor aka Umno Reform.Mungkin Perdana Menteri akan mempercayai kata kata anda masa itu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog