pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, April 8, 2012

Panas!!! Keluarga 69 PKR berhadapan dengan cabaran yang begitu hebat untuk ke Putrajaya.

Azmin Ali,Timbalan Presiden PKR atau "MADU" Wan Azizah bakal berhadapan dengan masa depan politik yang gelap,apabila berhadapan dengan tentangan yang begitu hebat dari kalangan pemimpin akar umbi,

Penolakan dari kalangan pemimpin akar umbi merupakan sesuatu bala bagi seorang pemimpin tertinggi sesuatu parti,pemimpin akar umbi adalah pengerak jentera parti di kawasan,jentera parti yang melakukan kerja Pilihan Raya,sekiranya lumpuh pengerak jentera parti maka kekalahan bakal di hadapi lebih awal

Gelombang tolak Azmin bakal meletus

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk kisah kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin bakal berdepan gelombang penolakan yang lebih besar daripada pemimpin akar umbi PKR selepas ini.

Beberapa bekas pemimpin parti tersebut juga percaya tempias gelombang penolakan berkenaan akan turut melanda Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu sendiri berdepan dengan pelbagai masalah moral yang sehingga kini gagal dijawab secara konkrit.

Bagaimanapun, bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin Azmin tidak akan menjawab segala desakan daripada pemimpin akar umbi PKR, sebaliknya pihak yang mempersoal perkara itu bakal dipecat."Sebenarnya gelombang penolakan terhadap Azmin ini sudah lama berlaku sebab itu kita lihat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim bertindak menentang beliau pada pemilihan PKR yang lalu. Zaid berbuat demikian kerana beliau mendapat sokongan dan mereka yang menyokong adalah akar umbi."Cuma nasib mereka yang berani menentang Azmin akan berakhir dengan pemecatan kerana itulah demokrasi ala PKR.

Azmin anak emas Anwar dan sesiapa yang berani mencabar mempertikai atau mendesak beliau secara terbuka pasti akan dihukum."Tapi kali ini desakan dibuat berdasarkan kesedaran ahli akar umbi mengenai kegagalan Azmin menjawab segala tuduhan ke atasnya. Ini menimbulkan pelbagai keraguan dan gelombang ini bakal berterusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan berani PKR Cabang Ampang, diketuai Ketua Penerangannya, Mohd. Isa Mohd. Saidi, mendesak Azmin menjawab segala dakwaan yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR itu atau bertindak meninggalkan parti jika enggan berbuat demikian.

Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip pula mengucapkan tahniah di atas keberanian Mohd. Isa serta meminta Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang itu agar bersedia untuk dilabelkan sebagai pengkhianat dan tali barut UMNO.

"Ternyata masih ramai pemimpin akar umbi PKR yang cerah hati dalam menilai moral pemimpin mereka dan saya percaya selepas ini lebih ramai pihak akan membuat desakan serupa sebagaimana dilakukan Mohd. Isa. Kami sendiri sudah melakukannya dahulu," katanya.(Utusan)

Pisau Kedah:-

Keluarga 69 PKR (Anwar = Wan Azizah + Azmin Ali + Shamsidar Taharin = keluarga 69 PKR) boleh lupakan hasrat ke Putrajaya lebih awal apabila dapat tentangan dari pemimpin akar umbi..

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog