Keadaan menjadi semakin runcing.Pihak berkuasa di harap bertegas untuk tidak membenarkan pihak pendemonstrasi tidak berhimpun di Dataran Merdeka bagi mengelakan ketidak puasan hati majoriti rakyat terhadap agenda Ambiga bersama sekutunya untuk membuat kacau bilau mengugat kententeraman Malaysia hanya kerana seorang makhluk yang runtuh moralnya untuk menjadi Perdana Menteri.
Terbaru pertubuhan bukan kerajaan mahu penganjur BERSIH 3.0 untuk tidak meneruskan hasrat mereka mengadakan bantahan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Hari ini, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) berkata pihaknya bersiap sedia mengarahkan lebih 500 ahlinya untuk turut serta bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamaiah Malaysia (Pekida) bagi menghalang perhimpunan itu.
Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, bagaimanapun, arahan itu bergantung kepada situasi dan keadaan sebenar sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 itu diadakan."Sekiranya penganjur BERSIH 3.0 akur dengan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis untuk tidak berhimpun di Dataran Merdeka, kami tidak akan bersama dengan mereka.
"Tetapi sekiranya mereka masih berdegil untuk berhimpun di Dataran Merdeka, kita sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) anti BERSIH akan bersama dengan NGO yang lain untuk menghalang dan memprotes tindakan mereka ini," katanya.
Mengulas lanjut, Razali turut mengajak mana-mana NGO yang prihatin dan bertanggungjawab untuk turut sama menyertai gabungan ini.Semalam, Pekida Bandar Tun Razak melancarkan 'perang' ke atas himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Bastari Muslim memberi amaran bahawa ahli PEKIDA akan turun menentang perhimpunan itu."Sarang tebuan jangan dijolok, Harimau yang tidur jangan dikejut kami akan berperang habis- habisan," ujarnya.
Penganjur BERSIH sehingga kelmarin tetap berdegil dan mahu mengadakan himpunan 'duduk bantah' itu di Dataran Merdeka meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.
DBKL kemudiannya menawarkan beberapa alternatif lokasi lain yang telah digazetkan oleh kerajaan dalam Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2012.
No comments:
Post a Comment