pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, April 3, 2012

Kenali siapa Mohd Najib setelah menjadi Perdana Menteri selama 3 tahun @Najib Razak



Mohd Najib Bin Tun Razak di lahirkan pada 23 Julai 1953.hasil perkongsian hidup di antara Abdul Razak Bin Hussein dan isterinya Rahah Bt Mohamed Noah di Bukit Bius Pahang,kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan nama Mohd Najib di ambil sempena nama pemimpin Mesir yang di kagumi Abdul Razak ketika itu

Mohd Najib pada awal persekolahan,Mohd Najib mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Saint John.dan selepas tamat di peringkat sekolah rendah,Mohd Najib telah di hantar belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di England dan selepas tamat pengajian di sekolah asrama penuh di England,Mohd Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke sebuah Institusi Pengajian Tinggi Berprestij iaitu Universiti Nottingham,England dalam jurusan Ekonomi Industri.Mohd Najib kembali ke Tanah Air pada tahun 1974 ketika berusia 21 tahun bersama segulung ijazah dan telah berkerja sebagai Eksekutif di Bahagian Komunikasi Korporat Petronas,dan ketika itu Petronas merupakan sebuah syarikat minyak milik negara yang baru di tubuhkan.

Pada usia Mohd Najib 22 tahun 7 bulan,Mohd Najib telah menjadi Ahli Parlimen yang muda setelah menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya kecil Pekan pada 21 Februari 1976.setelah mengantikan ayahnda beliau yang telah kembali kerahmatullah pada 14 Januari 1976.dan tidak lama selepas menjadi Ahli Parlimen,Mohd Najib juga telah di lantik menjadi Pengerusi Maju Ternak Negara..

Najib Razak telah di lantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Tenaga Dan Komunikasi. pada tahun 1978 ketika pembentukan kabinet baru selepas Pilihan Raya Umum ke 6..Mohd Najib juga pernah berada di dalam Kementerian Pelajaran dengan menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan pernah juga berjawatan sebagai Timbalan Menteri di dalam Kementerian Kewangan di dalam masa 4 tahun.

Pada tahun 1982 ketika Pilihan Raya Umum ke 7,perubahan politik Mohd Najib telah berubah apabila di pertandingkan di kerusi DUN dan bukannya kerusi Parlimen seperti sebelum ini oleh Pucuk Pimpinan ketika itu yang di terajui oleh Datuk Seri Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu,ianya mendapat kritikan dari penduduk Parlimen Pekan yang tidak dapat membaca percaturan politik Datuk Seri Mahathir Mohamad...percaturan itu telah berjaya membuat Mohd Najib menjadi Menteri Besar Pahang selepas Pilihan Raya Umum ke 7.

Pada Pilihan Raya Umum ke 8 tahun 1986,Mohd Najib di pertandingkan di kerusi Parlimen dan kemenangan Mohd Najib telah berjaya membawa Mohd Najib ke jawatan Menteri penuh di bawah Kementerian Kebudayaan,Belia dan Sukan,setahun selepas itu Mohd Najib di lantik menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Selepas menjadi Menteri  Kebudayaan,Belia dan sukan selama 5 tahun sejak dari tahun 1986 sehingga 1991,Mohd Najib telah di lantik memegang jawatan Menteri Pertahanan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia,setelah itu menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1993 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.dan pada tahun 1993 juga,Mohd Najib telah berjaya di dalam bertanding sebagai Naib Presiden UMNO.

Dalam rombakan Kabinet selepas Pilihan Raya Umum pada tahun 1999,sekali lagi Mohd Najib di lantik sebagai Menteri Pertahanan selepas memegang Menteri Pelajaran dari tahun 1993 sehingga 1999 iaitu selama 6 tahun..

Mohd Najib telah di lantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 januari 2004..dan di lantik oleh Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad badawi.dalam masa yang sama Mohd Najib juga memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Pada Pilihan Raya Umum yang ke 12,berlaku sesuatu di luar jangkaan apabila BN di landa Tsunami  yang amat besar,apabila banyak calon BN tersungkur teruk,dan di sebabkan itu Abdulllah Ahmad Badawi telah mengumumkan Pelan Pengunduran pada tahun 2008 selepas Pilihan Raya Umum ke 12.pada mulanya pelan tersebut di jangka di laksanakan pada tahun 2010 namun telah di pendekan ke tarikh 3 April 2009.,selepas itu Mohd najib di arahkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sehinggalah sekarang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog