pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, April 2, 2012

Panas!!! Ahli PAS desak kegiatan tidak bermoral Anwar didedahkan




Seorang ahli PAS telah membuat laporan polis di Pulau Pinang hari ini bagi menyiasat kesahihan MMS "tuutttt" yang dia terima. Dia juga mendesak pihak polis agar menyiasat sama ada benar "lelaki" dalam MMS itu merupakan Ahli Parlimen di negerinya...
"Sehubungan itu, saya membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat kesahihan MMS ini dan adakah benar lelaki dalam MMS itu adalah seorang pemimpin tertinggi pembangkang yang juga merupakan Ahli Parlimen di negeri ini" - Ramli Md. Isa, Ahli PAS Kawasan Tanjong.
Apa yang Ramli mahu dalam laporan polis yang dibuatnya ialah:
1. Polis siasat kesahihan MMS yang dia terima.
2. Polis siasat sama ada lelaki dalam MMS itu Anwar atau bukan Anwar.
Saya percaya bahawa MMS yang diterima lelaki itu ialah merupakan salah satu petikan gambar rakaman skandal video seks Anwar Vs China Dolls. Dan saya pasti bahawa Ramli pun tahu mengenai skandal tersebut sebelum ini...

Rasanya, Ramli juga tahu bahawa pihak polis sudah pun menyiasat mengenai kesahihan rakaman video yang bersumber dari Datuk Eskay itu. Pakar Forensik antarabangsa pun sudah mengesahkan ketulenan video itu dan menyatakan 99% lelaki itu adalah Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Takkan Ramli tak kenal Anwar Ibrahim yang disokongnya selama ini? Dah tentu dia kenal. Jadi, mengapa pula dia buat laporan polis dan minta polis siasat lagi kes itu?

Mungkin sebab dia dah fed-up pada Anwar yang banyak memalukan PAS di Pulau Pinang. Dia marah sebab dia yakin Anwar memang benar tidak bermoral. Dan dia mahu polis ambil tindakan terhadap Anwar...

Satu perkara yang saya jangka ialah Ramli sememangnya mewakili Ahli PAS Penang yang mahu Anwar turun dari terus mengetuai pembangkang dan dia tidak mahu Anwar dijadikan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menang PRU13.

Setahu saya, memang ramai para penyokong PAS yang marah, benci, meragui, meluat, menyampah dan tak boleh terima Anwar sama sekali. Hatta kenalan saya, seorang wartawan Harakah pun memang anti-Anwar dulu, kini dan selamanya. Dia dan rakan-rakannya dalam PAS memang tak suka langsung pada Anwar...

Sebenarnya, mereka tidak mengerti apa yang istimewanya tentang Anwar sehingga Nik Aziz begitu sayang pada peliwat itu. Mereka yakin Anwar tidak bermoral dan mereka hairan mengapa Anwar dibegitu didewa-dewakan oleh para pemimpin mereka...

Justeru, tidak hairanlah Ramli membuat laporan polis terhadap MMS bertaraf "triple X" itu kepada pihak polis dan meminta pihak berkuasa itu menyiasat mengenainya sehingga ke lubang cacing!

Pada hitungan saya, Anwar sememangnya tidak relevan di kalangan para penyokong PAS. Mereka malu bersekongkol dengan Anwar yang terbukti tidak bermoral, pro-Zionist Israel dan menipu rakyat Malaysia setiap hari. Imej Anwar hancur di mata mereka...

Persoalannya, sampai bilakah Anwar akan "dijulang" oleh Nik Aziz dan kepimpinan PAS yang lain sedangkan akar umbi membencinya dan menganggap petualang itu sebagai pengkhianat Islam, bangsa dan negara? Sampai mati?

Sumber: Klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog